Mangsa Nafsu Iblis

PETALING JAYA: Penjenayah yang mempunyai masalah mental dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin.

Penjenayah gila itu sanggup melakukan penderaan seksual melampau terhadap mangsa yang identitinya belum dikenal pasti.

Laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur malam kelmarin, mendapati kemaluan dan duburnya terdapat kesan tusukan terung dan timun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini mungkin menyebabkan bahagian dalam abdomen cedera teruk hingga membawa kematiannya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, menyerahkan kepada media wajah kanak-kanak malang itu untuk dikenal pasti keluarga dan saudara-maranya.



Katanya, polis juga tiada menerima laporan mengenai kanak-kanak hilang dalam tempoh beberapa hari lalu.

Menurutnya, mangsa yang berkulit cerah dipercayai berusia antara lapan hingga 10 tahun.

“Mangsa berketinggian 150 sm dan berat kira-kira 18 kilogram serta berambut kerinting bawah paras telinga.

“Siasatan juga tidak mengesan suntikan BCG pada mayat dan kami akan menyiasat sama ada mangsa rakyat negara ini atau warga asing,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selain memiliki hidung mancung, terdapat tanda lahir pada paha kiri mangsa.



Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta segera tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian kelmarin, seorang pekerja syarikat perunding di Taman Petaling Utama di sini, menjumpai sebuah beg pakaian sukan di tangga di luar pejabat yang disangka milik majikannya kira-kira jam 9 pagi.

Dia kemudian membawa masuk beg berwarna biru itu tanpa mengetahui di dalamnya mayat seorang kanak-kanak.

Majikannya kemudian terkejut apabila terlihat mayat mangsa dalam keadaan bogel dengan kedudukan berlipat dan mengiring serta kesan kecederaan di kaki.

Di tempat kejadian pula, polis mengambil pita rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bengkel bersebelahan pejabat berkenaan yang merakamkan kelibat seorang wanita berkeliaran di kawasan persekitaran.



Bagaimanapun, rakaman CCTV itu dalam penelitian polis bagi mengesan identiti wanita misteri terbabit.

Beberapa helai rambut mayat kanak-kanak itu dan sampel darahnya sudah dihantar untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam itu, semalam.

Sementara itu, keluarga kepada kanak-kanak yang hilang sejak 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin Jazimin, 8, dipanggil untuk membuat pengecaman, kelmarin.

Bapanya, Jaziman Abd Jalil, dan isterinya Norazian Bistaman, 35, yang pergi ke HKL untuk pengecaman mengesahkan mayat berkenaan bukan anak mereka.

Pakej Web Jualan

Mirip Laku ‘Lelaki Kucing’

KUALA LUMPUR: Adakah penemuan mayat kanak-kanak dalam beg sukan di PJS 1, Petaling Jaya, kelmarin adalah angkara ‘lelaki kucing’ yang pernah menggemparkan warga kota dengan tindakannya gemar melakukan serangan seksual terhadap gadis kecil?

Itulah andaian sesetengah pihak berikutan penemuan mangsa pembunuhan sadis itu walaupun setakat ini polis belum mengaitkannya dengan beberapa kes membabitkan ‘Pencabul Kampung Baru’ awal tahun ini.

Mayat kanak-kanak berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun itu yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kesan ‘sula’ menggunakan terung dan timun di kemaluannya, dipercayai mangsa penderaan seksual lelaki bernafsu ganas.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan individu bertopeng syaitan dan langsung tidak mempunyai belas kasihan terhadap manusia.

Lebih menyayat hati, kedua-dua kaki kanak-kanak tidak berdosa itu dilipat ke dada sebelum disumbat ke dalam beg sukan dan ditinggalkan di tepi tangga kedai tiga tingkat di PJS 1/48, PJS 1, yang menempatkan sebuah syarikat pengedaran buku.



Bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat penderaan seksual yang melampau.

Persoalannya, adakah kejadian itu boleh dikaitkan dengan ‘lelaki kucing’ yang menggemparkan negara tidak lama dulu apabila menjadikan kanak-kanak sebagai pemuas hawa nafsu bakal ditentukan tidak lama lagi sekiranya suspek yang terbabit diberkas.

Lelaki kucing sebelum ini dicari polis selepas dia dikaitkan dengan kehilangan dan pencabulan dua kanak-kanak di sekitar Kampung Baru, baru-baru ini, sekali gus membimbangkan warga kota.

Walaupun terlalu awal untuk mengaitkan pembabitan lelaki kucing, pencabul terbabit sering menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sebagai pemuas nafsu serakah.

Kemunculan perogol bersiri itu cukup membuatkan penduduk Kampung Baru gelisah dengan kerakusan lelaki terbabit yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan.



Jika sebelum ini kanak-kanak yang dilarikan lelaki kucing ‘dipulangkan’ ketika masih bernafas, namun pada kes kali ini mangsa mengalami nasib lebih malang.

Sehingga kini, lelaki kucing yang diburu polis masih ‘bebas’ dan belum ditahan polis selepas perbuatannya mendapat pendedahan meluas media.

Persoalannya, siapakah sebenarnya manusia bertopengkan syaitan itu yang sanggup bertindak kejam ke atas kanak-kanak.

Adakah wujud seorang lagi lelaki misteri bertopengkan syaitan yang mempunyai keinginan seks mirip lelaki kucing yang ‘menggemari’ kanak-kanak sebagai pemuas nafsu.



Malah, misteri kehilangan kanak-kanak berusia lapan tahun, Nurin Jazlin Jazimin sejak 20 Ogos lalu turut dikaitkan dengan penemuan mayat itu.

Berikutan itu, ibu bapa Nurin turut dipanggil membuat pengecaman mayat kanak-kanak berkenaan di HKL, kelmarin.

Bagaimanapun, selepas melihat mayat berkenaan, Jaziman Abd Jalil, 33, dan isterinya, Norazian Bistaman, 35, mengesahkan ia bukan Nurin.















No comments: