Ayah Rindu Nurin

KUALA LUMPUR: “Abang rindukan Kak Ngah...Abang rindukan Kak Ngah,” kata Jazimin Abd Jalil, 33, kepada isterinya, Norazian Bistaman, 35, selepas majlis pengebumian jenazah anak mereka, Nurin Jazlin, 8, (Kak Ngah) di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, petang semalam.

Ketika itu, Jazimin tidak dapat menahan sebak lantas memeluk erat isterinya, Norazian sambil menangis teresak-esak lalu berulang kali menyatakan “Abang rindukan Kak Ngah...Abang rindukan Kak Ngah’.

Suasana bertambah pilu apabila Norazian yang ditemani dua anaknya, Nurin Jazhira, 9, dan Nurin Jazrina 6, yang duduk beberapa meter dari pusara Nurin Jazlin, hanya mengalir air mata.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dia sekadar berkata: “Saya sudah kering air mata dan tiada apa lagi yang mampu dinyatakan. Biarlah roh dia (Nurin Jazlin) bersemadi dengan aman,” katanya.

Pemandu teksi itu akhirnya menerima keputusan ujian deoksiribonukliek asid (DNA) mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu, anaknya.



Kelmarin, dia mempertikaikan keputusan DNA itu dengan menganggap keadaan luaran mayat kanak-kanak terbabit tidak sama dengan Nurin Jazlin ketika proses pengecaman.

Sementara itu, Jazimin yang ditemui di Madrasah Assa’adah, Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, semalam, berulang kali menegaskan dia reda dengan keputusan itu (ketepatan 99.9 peratus ujian DNA) selepas ditanya beberapa kali oleh wartawan.

Katanya, pendiriannya berubah selepas memperoleh laporan penuh DNA yang diserahkan polis malam kelmarin ketika pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama dua abangnya.

“Saya reda dengan keputusan yang diterima itu. Masa itu (ketika pengecaman kali pertama) memang terdapat banyak perbezaan, malah isteri saya sendiri sukar mengenal pasti sama ada mayat yang ditunjukkan itu anak saya.

“Malah, jawapan sama tetap diberi ketika pengecaman kali kedua sebelum mayat itu disahkan sebagai Nurin Jazlin melalui ujian DNA. Apa boleh saya kata?,” katanya yang lebih 10 kali menyatakan dia reda dengan keputusan DNA itu.



Menurutnya, ujian DNA itu membabitkan darah dan gigi dengan jelas menunjukkan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.

Oleh itu, dia reda dengan keputusan DNA itu dan bertanggungjawab menguruskan jenazah berkenaan.

Dalam nada geram, Jazimin turut meminta polis meneruskan siasatan memburu penjenayah yang bertanggungjawab membunuh anaknya.

“Binatang, orang yang buat anak saya begitu. Dia berhati haiwan. Perbuatan membunuh itu lebih keji daripada binatang.



“Ini bukan kesalahan ibu bapa tetapi pembunuh yang tidak berhati perut. Dia perlu dihapus dari muka bumi dan dihukum,” katanya.

Bagi menenangkan jiwanya, Jazimin sebaik tiba di madrasah berkenaan tengah hari semalam dari Hospital Kuala Lumpur bersama jenazah anaknya tiba-tiba membayar zakat fitrah RM28.20 bagi enam keluarganya, termasuk Nurin Jazlin, di kaunter zakat di situ.

Norazian pula kelihatan tidak mampu berkata-kata dan setiap pertanyaan pemberita hanya disambut dengan tangisan.

Yang lalu; Kanak-Kanak Mangsa Nafsu Iblis & 'Itu Bukan Nurin!'


Pakej Web Jualan








No comments: