Cakera Blu-Ray 4 Kali Lebih Pantas
Simpanan besar dalam cakera padat amat diperlukan bagi menyimpan pelbagai jenis fail seperti data, gambar dan video.
Tambahan pula kini gambar, video, data bagi tugasan sama ada untuk kerja atau sekolah memerlukan penyimpanan yang sesuai, selamat dan mempunyai kelajuan tinggi.
Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Matsushita Electric Industrial Co Ltd menerusi jenama Panasonic melancarkan Write-Once Blu-ray Disc (DB-R) dengan kelajuan empat kali ganda.
Cakera baru ini boleh didapati dalam kapasiti simpanan 25GB dan 50GB dijangka berada di pasaran September ini.
Cakera baru dengan kelajuan 4x membaca dan menulis membolehkan pengguna menguruskan data yang lebih besar atau kandungan High Definition dengan lebih mudah dan cepat.
Panasonic merupakan syarikat pertama mengumumkan pengenalan 4x BD-R Disc di pasaran.
Sejak pengenalan cakera dua lapisan pertama dunia 1xBD-RE pada 2004, Panasonic telah mula mengetuai pasaran dan pembangunan teknologi cakera Blu-Ray bagi memenuhi permintaan bagi penyimpanan data yang lebih besar dan pantas.
Cakera 4x mempunyai kelajuan pemindahan data 144Mbps, ini bermakna anda boleh menyalin data 1GB dalam masa satu minit berbanding DVD-RW memerlukan masa enam minit.
Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi merakam fasa-perubahan baru yang didapati menerusi pengalaman Panasonic selama 35 tahun dalam pembangunan Cakera Optikal.
Hasilnya adalah rakaman yang amat tepat dan stabil walaupun apabila menulis pada kelajuan 4x ganda daripada biasa.
Panasonic bukan saja berjaya dalam aplikasi teknologi berkenaan bagi cakera satu lapisan tetapi juga pada cakera dua lapisan.
Teknologi berkenaan membenarkan pengguna menulis data besar sehingga 50GB pada kelajuan tinggi 4x tanpa perlu mengeluarkan dan memusingkan cakera.
Dengan teknologi dual-lapisan termaju, Panasonic - pertama di dunia melancarkan cakera 50GB BD dengan 2x kelajuan memperkenalkan model 4x kelajuan ke pasaran selain industri.
Cakera terbaru ini menawarkan kadar kesilapan yang amat rendah kerana teknologi filem terbaru yang dibangunkan yang meminimumkan kesilapan semasa proses.
Nama format: Blu-ray Disc Recordable Format Ver. 1.2
Nombor Model: LM-BR25LDE LM-BR50LDE
Kapasiti Data: 25GB 50GB
Jenis Lapisan: Satu Lapisan/Dua Lapisa
Format Merakam: Phase Change Recordable
Laser Wavelength: 405nm Blue-violet Laser
Disc Diameter/Thickness: 120mm x 1.2mm
Tambahan pula kini gambar, video, data bagi tugasan sama ada untuk kerja atau sekolah memerlukan penyimpanan yang sesuai, selamat dan mempunyai kelajuan tinggi.
Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Matsushita Electric Industrial Co Ltd menerusi jenama Panasonic melancarkan Write-Once Blu-ray Disc (DB-R) dengan kelajuan empat kali ganda.
Cakera baru ini boleh didapati dalam kapasiti simpanan 25GB dan 50GB dijangka berada di pasaran September ini.
Cakera baru dengan kelajuan 4x membaca dan menulis membolehkan pengguna menguruskan data yang lebih besar atau kandungan High Definition dengan lebih mudah dan cepat.
Panasonic merupakan syarikat pertama mengumumkan pengenalan 4x BD-R Disc di pasaran.
Sejak pengenalan cakera dua lapisan pertama dunia 1xBD-RE pada 2004, Panasonic telah mula mengetuai pasaran dan pembangunan teknologi cakera Blu-Ray bagi memenuhi permintaan bagi penyimpanan data yang lebih besar dan pantas.
Cakera 4x mempunyai kelajuan pemindahan data 144Mbps, ini bermakna anda boleh menyalin data 1GB dalam masa satu minit berbanding DVD-RW memerlukan masa enam minit.
Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi merakam fasa-perubahan baru yang didapati menerusi pengalaman Panasonic selama 35 tahun dalam pembangunan Cakera Optikal.
Hasilnya adalah rakaman yang amat tepat dan stabil walaupun apabila menulis pada kelajuan 4x ganda daripada biasa.
Panasonic bukan saja berjaya dalam aplikasi teknologi berkenaan bagi cakera satu lapisan tetapi juga pada cakera dua lapisan.
Teknologi berkenaan membenarkan pengguna menulis data besar sehingga 50GB pada kelajuan tinggi 4x tanpa perlu mengeluarkan dan memusingkan cakera.
Dengan teknologi dual-lapisan termaju, Panasonic - pertama di dunia melancarkan cakera 50GB BD dengan 2x kelajuan memperkenalkan model 4x kelajuan ke pasaran selain industri.
Cakera terbaru ini menawarkan kadar kesilapan yang amat rendah kerana teknologi filem terbaru yang dibangunkan yang meminimumkan kesilapan semasa proses.
Spesifikasi 4X BD-R Disc
No comments:
Post a Comment