Boleh Jamah Tulang Babi

KUALA LUMPUR: Selepas dibelenggu pelbagai ajaran sesat buatan tempatan, kini muncul fahaman songsang dari selatan India yang antara lain menghina Nabi Muhammad s.a.w dan membenarkan pengikutnya menjamah tulang babi yang dianggap suci.

Ajaran sesat digelar Jemaah Tauhid dari India itu didakwa mula menular di negara ini bagi memesongkan akidah umat Islam yang berpegang ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Perkara ini didedahkan sekumpulan guru agama dan ulama bertauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyedari ajaran sesat diasaskan lelaki bernama Jinul Abideen Ulavi, 40-an, mula menyusup masuk ke negara ini sejak beberapa bulan lalu.

Pengetua Pusat Pendidikan Agama Manbaoul Hasanath yang juga Ketua Biro Agama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Mohamed Kabeer O A Rajak, 45, berkata ajaran sesat dikenali dengan singkatan JT itu mula bertapak di India sejak 20 tahun lalu dan mendapat tentangan ramai umat Islam di sana.

Menurutnya, selain menghina Nabi Muhammad s.a.w dan boleh menjamah tulang babi, pengasas ajaran itu memperkenalkan beberapa ajaran pelik termasuk melarang pengikutnya membayar zakat setiap tahun.



“Pengasas ajaran sesat ini menganjurkan pengikutnya membayar zakat harta sekali seumur hidup.

“Pengikut juga dibenarkan memegang al-Quran tanpa perlu berwuduk serta dalam keadaan hadas besar atau datang haid,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Kabeer berkata, tambah menyesatkan, ajaran JT mendakwa umat Islam hanya perlu tunduk dan menyanjungi Allah swt manakala Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya tidak perlu dihormati seperti dilakukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini secara langsung menunjukkan pengikut ajaran sesat itu menolak mazhab Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki.

“Mereka menolak sepenuhnya hadis dan kata-kata sahabat Nabi (Muhammad) kerana mengikut fahaman mereka, hanya al-Quran yang wajib dipercayai.

Pakej Web Jualan

“Mereka turut menghasut pengikut baru dan orang ramai supaya tidak mengagungkan Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun. Hingga pada satu tahap, pengasasnya mengeluarkan fatwa sesiapa yang meraikan Maulidur Rasul akan masuk neraka,” katanya.

Menurutnya, bagi mereka Nabi Muhammad s.a.w hanya manusia biasa yang tidak perlu diagung-agungkan, malah hadisnya turut dipertikaikan kesahihannya.

“Keadaan ini tidak hanya boleh menyebabkan umat Islam terpesong akidah, malah menyimpang daripada ajaran Islam sejati,” katanya.

Lebih menjijikkan apabila Jinul Abideen mendakwa umat Islam dibolehkan memakan tulang babi.

“Ajaran haram itu jelas bercanggah dengan hukum ditetapkan hingga ramai ulama menentang ajaran yang diserapkan kepada orang ramai itu. Bagi kami, ajaran seperti itu tidak jauh bezanya dengan ajaran Ayah Pin atau Rasul Melayu Haji Kahar.



Kata Kabeer, pihaknya mendapat maklumat daripada ulama di India pengasas JT turut mendakwa ucapan talak tiga sebenarnya hanya membawa hukum jatuh satu talak saja.

Ini menyebabkan timbul kekeliruan hingga berlaku perpecahan rumah tangga akibat isu berkenaan.

Beliau berkata, beberapa pengikut ajaran itu di Malaysia merancang membawa masuk Jinul Abideen ke Malaysia pada awal Ogos ini dengan alasan untuk melakukan dakwah dan seminar agama.

“Pengikut mereka tidak sekadar menyebarkan risalah ke masjid, malah turut memasukkan iklan di akhbar untuk memaklumkan ketibaan Jinul Abideen ke negara ini.

“Perkara ini perlu dihalang segera kerana kami mendapat tahu Jinul Abideen sudah diharamkan memasuki Singapura dan Sri Lanka kerana cuba menyebarkan ajaran sesat,” katanya yang sudah membuat tiga aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 30 Mei lalu diikuti beberapa aduan kepada Jakim.



Sementara itu, Presiden Kebangsaan Kimma, Amir Amsaa Alla Pitchay dan Setiausaha Kimma, Kamal Batcha Moor Mohideen, berkata satu memorandum yang mengandungi tandatangan sekurang-kurangnya 100 ulama, imam dan pendakwah akan dihantar kepada Jawi dan Jakim bagi memastikan JT tidak memasuki negara ini.

Lagi Cerita Ajaran Sesat; 'Haram' Solat Jumaat, Jin Mat Salih, Lembu Cuci Dosa & 'Mukjizat' Punk!











No comments: