Sharifah Zarina Tukar Rentak

TIDAK dinafikan, Langit Ke-7 memang begitu kuat pengaruhnya. Irama ciptaan Master G dan lirik nukilan Marsha itu juga antara lagu yang benar-benar mengetengahkan nama Sharifah Zarina di persada seni tempatan. Dek kekuatan lagu itu juga, penyanyi ini tidak mampu mengetengahkan lagu lain sedangkan masih banyak lagu bermutu dimuatkan dalam album itu.

Namun, dia sukar memperkenalkannya kepada peminat berikutan Langit Ke-7 bagai meletakkan standard tersendiri kepada irama yang seharusnya dia nyanyikan. Sekiranya tiada lagu lain yang sekuat lagu ini, pendek kata, lupakan saja.

Maka, tidak hairanlah apabila artis wanita ini turut melahirkan kerisauan apabila dia ingin melahirkan album kedua, kira-kira dua tahun selepas percubaan pertama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bukan dia risaukan peminat sudah melupakannya kerana agak lama tidak hadir bersama produk baru, sebaliknya penyanyi ini lebih bimbang sekiranya album baru gagal mencapai tahap yang sudah digapai lagu yang pernah memasuki Anugerah Juara Lagu beberapa tahun lalu itu.

“Kerana mahu memastikan lagu yang dimuatkan dalam album kedua ini benar-benar berkualiti, saya sanggup merakamkan semula dua daripadanya. Jika diikutkan, sebenarnya album ini sudah siap dihasilkan. Begitupun, kami mahukan hasil terbaik kali ini, jadi biarlah kami ubah semula susunan muzik lagu terbabit dan memasukkan semula vokalnya untuk mencapai mutu yang diharapkan,” kata penyanyi jelita ini ketika berkunjung ke Balai Berita.



Menurut Zarina, biarlah lambat sedikit ia dipasarkan, asalkan produk dikeluarkan itu memenuhi selera pendengar. Apatah lagi, kali ini albumnya lebih urban dan muda konsepnya.

“Berbeza percubaan sulung, kali ini kami menampilkan banyak lagu berentak rancak dan tiada satu pun irama etnik dimuatkan. Saya juga berasakan album ini lebih seimbang. Ada lagu yang mempunyai sentuhan kampung, dan ada juga yang bunyinya lebih moden.

“Saya turut merakamkan semula dua lagu lama iaitu Kerana (Alleycats) dan Demi Cinta Setia (Junction). Pada mulanya, saya agak keberatan hendak merakam lagu Kerana. Saya bimbang orang ramai akan membandingkan nyanyian saya dengan penyanyi asal. Bukan hanya kerana kumpulan Alleycats masih aktif di arena seni, malah lagu itu sendiri sukar untuk dinyanyikan.

“Namun, Azmeer tetap memberikan sokongan supaya saya menyanyikannya untuk album ini. Jadi, saya melakukannya dengan memberikan gaya persembahan berbeza. Begitupun, melihat kepada hasilnya, saya yakin mesej dan rasa yang hendak disampaikan menerusi irama serta liriknya kesampaian juga,” ujarnya.

Manakala lagu asal Junction pula dinyanyikan semula oleh wanita kelahiran Sarawak ini dengan menyuntik elemen jazz ke dalamnya.



Walaupun dia benar-benar mahu melihat album kedua boleh dibanggakan mutu penerbitan serta kualiti lagunya, dia tetap menegaskan, kehadirannya dalam dunia seni bukanlah untuk menyaingi mana-mana penyanyi sedia ada. Baginya, melahirkan album ialah impian yang disimpannya sejak sekian lama - iaitu sejak memenangi tempat kedua pertandingan Bintang RTM 1999.

“Impian itu sudah pun terlaksana dengan kelahiran album pertama. Sekarang, saya mahu berkongsi bakat dan kecintaan saya terhadap muzik bersama peminat. Dan, seandainya album ini mencatat kejayaan, tentunya ia menjadi bonus terbaik buat saya,” kata ibu kepada seorang anak berusia empat tahun ini.

Dedah Zarina, album ini juga agak istimewa apabila suami tercinta, Buswani Abdillah, menyumbangkan sebuah lagu berentak rancak, Suatu Rahsia, untuk dirinya.

“Jika untuk album pertama, dia hanya membantu abangnya menghasilkan lagu Semusim Cinta, kali ini suami saya sendiri yang mencipta lagu untuk saya. Meskipun begitu, kerana dia bukanlah pemuzik profesional, maka dia mendapatkan bantuan seorang rakan untuk menghasilkan muziknya,” kata penyanyi ini yang berharap dapat memasarkan album itu dalam masa sebulan dari sekarang.





Info Sharifah Zarina


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket SHARIFAH ZARINA turut menyumbangkan sebuah lirik untuk lagu berjudul Luar Biasa ciptaan Azmeer.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket PENYANYI ini mengaku belum bersedia untuk menghasilkan lagu sendiri untuk rakaman.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket SELAIN merakam semula dua lagu, album keduanya sudah pun hampir siap sepenuhnya, termasuk kulit album yang sudah pun tersedia.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket KALI ini, ideanya turut diambil kira dalam penghasilan album.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket USAHA menerbitkan album kedua sebenarnya bermula sejak Julai tahun lalu, namun dek kesibukan penerbit dan kesukaran mencari lagu terbaik, baru kini ia dapat disiapkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket SATU rahsia yang ingin dikongsi Sharifah Zarina, dia kini ditaja gaya rambutnya oleh Mirsha Hair Salin, Shah Alam.











No comments: