PDA Untuk Pengguna Pertama

BIARPUN permintaan kepada gajet pembantu digital peribadi (PDA) tidak begitu meluas di kalangan pengguna ketika ini, namun ia bukanlah alasan untuk produk ini menghentikan perkembang nya baik dari segi reka bentuk atau teknologi.

Dan salah satu syarikat yang begitu komited memperluaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan rangkaian produk PDA ini ialah HTC Corporation (HTC) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Dopod.

Mula menggantikan gajet PDA Dopod kepada HTC, syarikat yang beribu pejabat di Taiwan ini memperkenalkan produk pertama mereka di negara ini dengan model HTC Touch.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
HTC Touch menjadi gajet pertama menggunakan teknologi skrin sesentuh.



Menurut Timbalan Presiden Operasinya, Jeffrey Luo, HTC Touch tampil dengan kelebihan teknologi terkini termasuk menjadi gajet pertama dengan teknologi skrin sesentuh TouchFLO yang dibangunkan syarikat berkenaan.

“Teknologi ini memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menukar fungsi gajet mengikut keperluan mereka semudah menyentuh skrin dan memusingkan paparan antara muka menggunakan jari,'' ujarnya ketika melancarkan produk itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Biarpun disasarkan kepada pengguna kelas profesional atau golongan eksekutif, HTC Touch juga sesuai kepada pengguna pertama yang ingin bertukar kepada gajet PDA.

Paparan skrin sesentuhnya didatangkan dalam tiga antara muka 3D berbeza masing-masing Contacs, Media dan Applications sekali gus memudahkan pengguna bertukar kepada keperluan penggunaan mereka.

Sesuai dengan peranannya menyokong kelebihan fungsi multimedia, ia beroperasi pada system terkini untuk PDA iaitu Windows Mobile 6 Profesional sekali gus mencipta ruang pejabat peribadi walau di mana pengguna berada sekali pun.

Ia termasuk aplikasi Outlook Mobile, Windows Live, Internet serta paling utama kemampuan capaian pantas kepada beribu-ribu aplikasi pihak ketiga yang ditawarkan secara atas talian.

Dengan dimensi saiz 99.9 milimeter tinggi dan setebal 58 milimeter, HTC Touch juga amat selesa dan mudah untuk dikendalikan ditambah dengan beratnya yang sesuai untuk disimpan di dalam poket iaitu 112 gram.



Untuk hiburan berbentuk digital pula, gajet ini menawarkan akses kepada koleksi lagu-lagu kegemaran anda pada kualiti pembesar suara MP3 tiga dalam satu selain menyokong kepada hampir semua format fail untuk video.

Jika itu masih tidak mencukupi, pengguna boleh menguji kreativiti multimedia sendiri menggunakan kamera CMOS 2.0 megapiksel yang turut dibina bersama dan menontonnya semula pada skrin bersaiz 2.8 inci.

Untuk pengalaman sebenar kepada fungsi multimedia yang ditawarkan oleh HTC Touch ini, ia sudah berada di pasaran dan tawaran harga yang amat berpatutan iaitu RM2,099.







Spesifikasi HTC Touch


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Pemprosesan Tl's OMAP 850

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Memori ROM: 128MB; SDRAM: 64MB DDR; 1GB mikroSD

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Paparan skrin 65,536

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Rangkaian: GSM/GPRS/EDGE Tri-Band 900,1800,1900

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kawalan navigasi lima arah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Masa bersedia sehingga 200 jam; masa bercakap sehingga 5 jam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aplikasi Windows Media Player 10 Mobile, Windows Live, Adobe Reader LE, ZIP, SIM Manager, Comm Manager, Cyberon Voice Commander, Network Wizard, GPRS Monitor (CD).









No comments: