Remaja Saman Datuk K!

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini mendakwa dipukul oleh Datuk Khalid Mohamed Jiwa, suami penyanyi popular tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, bulan lepas.

Muhammed Kasheef Harris, 19, hadir di mahkamah bersama ibu, Shahin Akhtar dan bapanya Harris S. Abdullah untuk proses mengemukakan saman itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang sebelah kanan tu Muhammed Kasheef Harris


Writ saman yang menamakan Khalid, yang lebih dikenali sebagai Datuk K, sebagai defendan, dikemukakan melalui peguam Gobind Singh Deo pada pukul 2.45 petang.


Gobind yang ditemui pemberita kemudian berkata pihaknya belum mengemukakan sebarang jumlah tuntutan terhadap Khalid dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan terhadap kes itu.

Muhammed Kasheef pula enggan memberi sebarang komen.



Penyataan tuntutan yang dikemukakan itu menyebut bahawa pada pukul 11.18 malam 17 Mac lepas, Muhammed Kasheef menerima dua SMS daripada anak Khalid, iaitu Mohamed Adib, memintanya datang ke rumah Mohamed Adib di Bukit Antarabangsa.

Ketika di rumah itu, Muhammed Kasheef mendakwa telah dipukul oleh Khalid tanpa sebarang sebab munasabah, dan dengan niat jahat serta secara melulu, menuduhnya sebagai seorang pengedar dadah dan memaksanya mengaku dia adalah seorang pengedar dadah.

Muhammed Kasheef mendakwa kononnya Khalid menggunakan perkataan iaitu: "... Kamu ambil dadah, kamu drug dealer", dan berkata ia tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah terhadapnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau nama glamournya Datuk K


Remaja itu juga mendakwa bahawa selepas membuat kenyataan itu, Khalid menumbuk dan memukulnya di bahagian muka dan badannya, dan akibat daripada tindakan itu, dia mengalami kecederaan iaitu luka lebam di bahagian mata dan pipi serta luka di bahagian telinga.

Selepas itu, katanya, Khalid mengarahkannya memberikan spesimen air kencing kepada seorang lelaki yang berada di tempat kejadian dan oleh kerana takut, dia menurut arahan itu.



Dalam penyataan tuntutan itu, Muhammed Kasheef menuntut daripada Khalid, relif iaitu suatu deklarasi bahawa defendan telahpun menahannya secara salah antara 11.30 malam 17 Mac lepas sehingga 1 pagi di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Muhammed Kasheef juga menuntut suatu injunksi menghalang Khalid sama ada secara sendiri dan/atau melalui agen beliau dalam apa juga cara daripada mencederakannya secara fizikal sementara menantikan perbicaraan penuh.

Dia juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan/atau teladan, faedah pada kadar dan untuk jangka masa yang difikirkan patut dan bersesuaian oleh mahkamah, kos dan apa juga perintah dan/atau relif yang lain. BERNAMA


No comments: