Dadah Power!

KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila penagih dadah mampu mencipta dadah versi terbaru paling bahaya dengan mencampurkan dua pil psikotropik iaitu Suboxone dan Dormicum yang dikatakan mampu memberi kesan khayal 10 ganda lebih hebat daripada heroin atau Ecstasy.

Bagaimanapun, campuran ‘koktel’ dua pil berkenaan dipercayai boleh membunuh penagih dalam beberapa jam jika terlebih dos atau tersalah penggunaannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penyalahgunaan pil khayal itu terbongkar semalam apabila sepasukan lima pegawai Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu sebuah klinik di bandar Melaka kerana disyaki menjual pil berkenaan.

Pil Suboxone yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah di kalangan penagih sebaliknya dijual doktor klinik swasta itu untuk mendapatkan keuntungan.

Malah, doktor terbabit sengaja menjual pil Suboxone, Subutex dan Dormicum bagi mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan itu menyalahi etika kedoktoran.



Difahamkan, mengikut kaedah baru itu, penagih menelan terlebih dulu pil Suboxone sebelum menyuntik cecair Dormicum ke badan.

Tindakan itu menyebabkan mereka khayal umpama ‘naik ke langit’ serta keseronokan melampau sehingga ada antara mereka mati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sebelum itu, penagih membuat pelbagai eksperimen, termasuk mengikis sebelum menumbuk lumat pil Dormicum bagi melarutkannya dalam air supaya mudah disuntik ke badan.

Bagaimanapun, ada penagih tersilap percaturan apabila menyuntik pil Suboxone ke saluran darah sedangkan pil itu hanya boleh ditelan.

Golongan terbabit yang menyangka bakal mendapat keseronokan berganda sebaliknya menemui ajal dalam tempoh beberapa jam selepas kandungan pil Suboxone berkenaan menyebabkan darah beku selain merosakkan saraf otak.



Dipercayai sebilangan penagih dadah di negara ini mati akibat percubaan berbahaya itu.

Tindakan penagih merumuskan dadah jenis baru dengan mencampurkan serbuk Suboxone dengan serbuk Dormicum yang digunakan khusus untuk memberi ‘ketenangan’ kepada pesakit mental atau masalah sukar tidur (insomnia) dibimbangi berikutan menular ke seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Farmasi berkata, pegawainya memeriksa doktor berusia 40-an di klinik terbabit pada jam 3 petang itu, selepas membuat intipan seminggu.

Menurutnya, klinik swasta terbabit dipercayai menjadi tumpuan penagih yang mahu mendapatkan bekalan pil itu dengan hanya membayar di kaunter.

“Biasanya pengusaha klinik terbabit menjual pil psikotropik itu secara pakej dua dalam satu. Risikan mendapati cecair Metadon bersama pil Dormicum dijual pada harga RM20, manakala separuh pil Suboxone dan Dormicum dijual antara RM20 hingga RM25.



“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan, doktor di klinik terbabit tidak mengaku menjual pil itu menyebabkan siasatan rapi dilakukan terhadap buku rekod pesakit dan penjualan ubat-ubatan,” katanya.

Selepas pemeriksaan rapi, pegawai farmasi menemui puluhan paket pil Suboxone yang disembunyikan dalam tin susu di bawah meja dan siasatan selanjutnya mendapati pil Suboxone dan Dormicum dianggarkan bernilai lebih RM20,000 disimpan di klinik terbabit.

Dalam operasi berasingan, pegawai Jabatan Farmasi turut menyerbu sebuah klinik di Rompin, Pahang yang dikesan menjual pil psikotropik secara haram.

Dalam serbuan jam 11 pagi Jumaat lalu, doktor klinik swasta terbabit cuba menghalang pegawai farmasi yang didakwa cuba mengganggu perniagaannya.

Bagaimanapun, pemeriksaan di klinik terbabit menemui buku rekod pesakit yang diolah semula dengan beberapa maklumat dipalsukan.



“Selain itu, pegawai farmasi merampas 900 pil Dormicum dan pelbagai pil khayal lain daripada doktor berusia 50-an itu,” katanya.

Golongan penagih mendedahkan, penjualan pil Subutex dan Dormicum dilakukan secara berleluasa oleh klinik swasta.

Difahamkan, pil Subutex yang diperkenalkan di pasaran tempatan dengan nama saintifik Buprenorphine pada 2001 sebelum digantikan dengan pil Suboxone untuk mengurangkan ketagihan.


No comments: