Rokok 'Cetak Rompak'

KUALA LUMPUR: Pembekal rokok tiruan atau lebih dikenali sebagai ‘lanun tembakau’ turut mengupah pakar grafik untuk menghasilkan kotak, nombor siri serta label menyamai produk tulen sehingga perokok dan pihak berkuasa sukar membezakan kedua-duanya.

Pakar terbabit mampu menghasilkan kotak seakan-akan tulen sehingga perokok tegar tertipu kerana gagal mengesannya apabila dilihat dengan mata kasar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mereka hanya menyedari rokok dibeli adalah tiruan apabila ia lebih pahit berbanding rokok tulen.

Menurut sumber industri, jika dilihat dengan mata kasar, label tiruan terbabit kelihatan sama dengan yang tulen, sekali gus pembeli tidak menyedari mereka tertipu.

“Kebelakangan ini, rokok tiruan membanjiri pasaran di negara ini walaupun pengeluar barangan itu melakukan pelbagai cara untuk mencegahnya termasuk meletakkan label MY menggunakan dakwat khas bagi mengelak ditiru.

“Namun label MY yang dikatakan ‘jalan terakhir’ untuk membezakan rokok tulen dengan tiruan melalui mata kasar, kini turut dipalsukan lanun tembakau,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Harian Metro difahamkan, rokok tiruan yang menggunakan jenama popular, diproses serta dibungkus di luar negara sebelum diseludup ke negara ini untuk jualan pasaran gelap.



Sebaik produk itu memasuki pasaran negara ini, sindiket terbabit menjalin kerjasama dengan ejen penghantar rokok berdaftar untuk memudahkan pengedaran kepada peniaga.

Sumber itu berkata, sindiket terbabit turut menawarkan upah lumayan kepada ejen penghantar rokok untuk mempromosikan barangan tiruan itu kepada peniaga.

“Rokok tiruan biasanya dijual pada harga RM35 satu kartun berbanding yang tulen sekitar RM65, sekali gus memberi keuntungan lumayan kepada peniaga.

“Tindakan licik sindiket terbabit membolehkan mereka mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dalam tempoh singkat dengan keuntungan purata RM30 satu kartun,” katanya, yang turut menyatakan syarikat pengeluar rokok terpaksa menggunakan khidmat penyiasat persendirian (PI) untuk mengesan sindiket terbabit.

Sejak harga rokok naik, sindiket rokok tiruan yang satu ketika dulu hampir dilumpuhkan berikutan kekerapan operasi membanterasnya dilakukan, kini aktif kembali apabila rokok tiruan mendapat permintaan tinggi dikalangan perokok.



Walaupun mendapat permintaan tinggi, tanpa disedari, rokok tiruan lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kesihatan berdasarkan kandungannya.



Sumber : Harian Metro Edisi 15-03-07



Tanya Izalsyah; "Kalau segala benda ditiru, apa akan jadi pada yang asli?"



No comments: