Ikan Yu Berkaki Itik

GEORGETOWN: Seorang wanita terkejut apabila ikan yu yang ingin dimasak tomyam mempunyai sepasang kaki seperti kaki itik di bahagian bawah badan, semalam.

Wanita itu, Marry Looi, 48, yang bekerja sebagai penggred ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung dekat sini, memperoleh ikan berkenaan di jeti terbabit dan pada mulanya tidak menyedari keadaan itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menurutnya, apabila dia hendak memotong ikan berkenaan di rumahnya di Batu Maung, semalam, dia mendapati ikan seberat 1.7 kilogram dan sepanjang satu meter itu mempunyai sepasang kaki seperti kaki itik dengan 10 jari.

Katanya, keanehan pada yu itu disedari kira-kira jam 12 tengah hari ketika hendak memasak untuk hidangan makan tengah hari.

“Saya mengambil ikan itu dari jeti semalam, sebelum disimpan dalam peti sejuk dan bercadang untuk masak hidangan tengah hari tadi.

“Selepas mencuci dan ingin memotong ikan yu itu, tiba-tiba saya menyedari ikan berkenaan mempunyai sepasang kaki itik di bahagian bawah badan,” katanya.



Berikutan itu, dia tidak jadi memotong ikan terbabit dan memaklumkan kepada suami, Gooi Man Kaw, 54, dan diberitahu ikan berkenaan tidak boleh dimakan mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Suaminya memberitahu ikan berkenaan perlu dibuang semula ke laut bagi mengelak nasib buruk.

“Sejak bekerja 10 tahun lalu di jeti LKIM Batu Maung, ini adalah kali pertama saya menemui ikan aneh. Saya akan serahkan ikan ini semula pada pemilik bot untuk dibuang ke laut,” katanya.



Sumber : Harian Metro Edisi 09-03-07

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Komen Izalsyah; "Satu lagi kebesaran ALLAH SWT. Subhanallah..."




No comments: