'Call Girl' VIP

KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia 22 tahun, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sanggup menggadai maruahnya menjadi pelacur kelas atasan atau ‘call girl’ semata-mata untuk hidup mewah ala golongan kenamaan (VIP).

Diana (bukan nama sebenar) mengaku mula gelojoh menjadi pelacur kelas atasan apabila meraih pendapatan pertamanya mencecah RM5,000 dengan hanya meniduri seorang lelaki yang boleh dianggap ‘ayah’.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menurutnya, pembabitannya dalam kegiatan itu bermula apabila mengenali lelaki berusia 55 tahun terbabit melalui laman sembang internet.

Dia mempercayai lelaki terbabit kerana dijaga seperti menatang minyak yang penuh serta segala kemahuannya dituruti.

“Pada usia 20 tahun, apalah yang saya tahu dan saya terpedaya kerana orang yang dianggap ayah itu sanggup menodai saya.

“Mulanya saya takut dan dia berjanji tidak mengapa-apakan saya tetapi kehormatan saya diragut,” katanya kepada Harian Metro.

Sejak itu, dia berjinak-jinak menjadi ‘call girl’ selepas mendapati boleh membawa kemewahan kepadanya, termasuk menggunakan barangan berjenama mahal dan hidup ala VIP.



Diana mendakwa dalam tempoh dua tahun hidup sebagai pelacur kelas atasan, dia melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki.

Cara luar biasa melayan pelanggan menyebabkan dia sentiasa panas diburu setiap malam.

Bagi mendapatkan pelanggan baru, Diana melayari laman sembang selain menerusi pelanggan yang pernah ‘bersamanya’ kemudian memberi nombornya kepada rakan mereka.

Ditanya punca dia melakukan kegiatan itu, dia sekadar mengatakan jika kerja sambilan di restoran, gajinya lebih jauh berbeza dengan kerja sebagai ‘call girl’.

“Kebiasaannya, saya letakkan harga RM200 satu sesi manakala RM500 untuk satu malam, tetapi ada ramai yang ‘budiman’ akan memberi lebih,” katanya yang mengaku ada pelanggan ‘buat-buat’ terlupa bayar lalu menghilangkan diri.

Ada yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh Diana menunggu di bilik sementara pelanggan mengeluarkan duit di bank, tetapi sebenarnya mereka meloloskan diri daripada membayar.



Dia juga pernah dibayar hanya RM50 dengan alasan perkhidmatannya kurang bagus.

Selepas memberikan perkhidmatan kepada lelaki tempatan, dia melayan pelanggan luar negara, termasuk dari Amerika Syarikat dan Jepun.

“Saya kenal mereka (warga luar negara) daripada laman ‘chatting’ dan juga di kelab malam,” katanya.

Menurut Diana, sebagai ‘call girl’ dia bukan sekadar menawarkan perkhidmatan seks, malah menemani pelanggan untuk berbual, membeli-belah, menonton wayang, berhibur di kelab malam dan karaoke.

“Saya tidak kisah bangsa, umur, status bujang atau kahwin kerana yang penting bayaran,” katanya.

Diana kini insaf selepas menyedarinya dirinya rosak selama dua tahun melayan kerakusan nafsu lelaki.



“Duit yang saya dapat habis dalam sekelip mata, saya tidak ingat apa yang saya beli atau belanjakan untuk apa.

“Usia saya pun semakin meningkat dan atas dorongan sahabat serta teman lelaki yang sanggup menerima saya seadanya walaupun mengetahui saya tidak suci lagi, saya semakin insaf,” katanya.

Diana menyedari pelajarannya semakin merosot akibat melayan pelanggannya pada waktu siang hari.



Sumber : Harian Metro Edisi 14-03-07



Kata Izalsyah; "Alhamdulilah ler kalo dah insaf..."



No comments: