Seks Ganas Punca Cerai

SHAH ALAM - Tabiat buruk dalam kalangan suami yang gemar melakukan seks secara ganas manakala isteri pula kuat berleter menjadi punca utama kadar perceraian pasangan Islam di Selangor terus meningkat. 

 photo seks ganas punca cerai_zpsz9zguort.jpg
Keratan muka depan Kosmo! edisi 10-06-2015

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman berkata, kes-kes yang dibawa ke JAIS menunjukkan masalah berkaitan dengan seks ganas menjadi punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah tangga mereka. 

"Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah apabila suami mahu mengadakan seks ganas. Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana suami tidak berpuas hati dalam hubungan seks bersama isteri mereka."

"Tabiat negatif si suami menjurus kepada peningkatan kes perceraian. Sebenarnya ia perkara kecil jika pasangan mengambil keputusan untuk berbincang dengan pasangan mereka berhubung ketidakpuasaan hati dalam seks." katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Muzakarah Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor semalam. 

Katanya, punca-punca lain menyumbang kepada keretakan rumah tangga ialah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga, masalah zuriat, suami garang dan isteri suka berleter. 

Sumber : Kosmo! Edisi 10-06-2015 bersamaan 23 Syaaban 1436H 

No comments: