PC Inspiron 531S Penuhi Cita Rasa

PEMILIHAN dalam pembelian komputer peribadi (pc) sering dikaitkan dengan tahap penyampaian prestasi bertenaga dan kos yang dianggap menepati kemampuan serta kehendak pembeli.

Namun, penampilan perkakasan komputer dengan saiz keseluruhan lebih kecil turut mempengaruhi kriteria pembelian kelengkapan itu apabila mampu menjadi daya penarik kepada pembeli.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pemilihan pc bersaiz lebih kecil perlu disokong dengan sistem bertenaga bagi memastikan pelaburan yang dibuat mampu memberi kepuasan kepada pembeli.

Sehubungan itu, menerusi segmen Gajet minggu ini, kami berpeluang untuk menilai sendiri kemampuan komputer desktop rekaan terkini Dell Inc (Dell) yang lebih kecil dikenali Inspiron 531S.

Sekiranya dinilai dari segi penampilannya, model 531s itu mengetengahkan reka bentuk yang lebih nipis, menarik serta anggun pada warna perak keputihan.



Ia seterusnya menjadikan desktop terkini Dell itu antara yang sesuai dimiliki di kalangan pengguna di kediaman apabila mudah untuk ditempatkan di mana-mana saja tanpa mengambil terlalu banyak ruang di kawasan yang ditempatkan.

Pada masa sama, Inspiron 531S itu boleh dianggap antara model desktop terkini Dell yang berjaya dihasilkan dengan reka bentuk lebih nipis pada prestasi memberangsangkan berbanding penampilan ‘casing’ biasanya yang lebih besar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Inspiron 531S


Sekiranya pembeli mensasarkan untuk memiliki pc bertenaga, Inspiron 531S hanya menawarkan komponen utama seperti yang dilengkapi pada kebanyakan komputer di pasaran masa kini menerusi penggunaan prosesor AMD Inc.

Ciri menarik yang dilengkapi menerusi antara model terkini Dell itu adalah untuk menawarkan pilihan rangkaian sambungan tanpa wayar dan penerima Bluetooth binaan dalaman bagi produk seumpamanya.



Namun, ia masih tidak menawarkan pilihan bagi pemasangan WiFi di masa depan apabila hanya mempunyai pilihan untuk menggunakan kad tambahan PCI 802.1 a/b/g pada kadar berpatutan.

Berbanding rekaan komputer desktop seumpamanya yang ditawarkan pengeluar lain untuk pasaran masa kini, Dell menyediakan peluang untuk membuat tambahan pelbagai komponen lain, sekiranya diperlukan.

Ini menjadikannya fleksibel dan memberi nilai tambah lebih menarik terutama kepada pengguna yang turut mengambil kira keperluan memasang sistem multimedia dan hiburan biasa.

Secara keseluruhannya, Dell Inspiron 531S adalah inovasi terkini syarikat itu yang sesuai dimiliki untuk kegunaan biasa bagi melaksanakan tugasan harian pengguna.







Sumber : Berita Harian Edisi 29-09-2007 bersamaan 17 Ramadan 1428H




Izalsyah Kata; "Nak info tambahan lagi free pasal Inspiron 531S? KLIK la kat sini "




No comments: