LG Shine Dengan Teknologi 3.5G

KALI pertama memperkenalkan telefon bimbit mereka di bawah siri LG Shine beberapa tahun lalu, gajet itu dengan mudah memukau mata kebanyakan pengguna gajet terutamanya di kalangan wanita lantaran kemasan reka bentuknya yang memikat.

Sesuai dengan namanya, LG Shine itu benar-benar menyinar ditambah penggunaan material aluminium berkilat yang membalut keseluruhan gajet tersebut menjadikannya eksklusif dan menawan pula dalam genggaman kalangan profesional dan eksekutif.

Kelebihan itu membolehkan LG Shine menjadi salah satu produk LG Electronics yang benar-benar berjaya dan terjual lebih tiga juta unit di seluruh dunia dan kira-kira 25,000 unit di Malaysia.



Barangkali didorong oleh sambutan yang menggalakkan itu, LG mengambil pendekatan memperkenalkan generasi telefon bimbit LG Shine dengan kelebihan yang dipertingkatkan termasuk yang menyokong kepada jaringan teknologi 3G menjadikan legasi model itu berjumlah enam unit sehingga kini dengan tiga model lagi dijangka dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

Terbaru, LG memperkenalkan pula model LG Shine yang menyokong kepada jaringan teknologi HSDPA atau 3.5G menjadikannya model pertama seumpamanya yang pernah diperkenalkan oleh syarikat dari Taiwan itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Terkini; LG Shine KU970



Masih mengekalkan tarikan utama model LG Shine iaitu material aluminium berkilat sepenuhnya, model terbaru iaitu siri KU970 jenis geluncur ini bagaimanapun hadir dengan kelebihan tersendiri.



Paling utama menurut Pengah Urusan LG Electornics (M) Sdn. Bhd., IG Kim ialah, ia menawarkan kepantasan muat turun data pada kemampuan 3.6 Megabit sesaat (Mbps) atau secara perbandingannya dalam masa tujuh saat untuk sebuah lagu dengan format MP3.

‘‘Kelebihan teknologi LG Shine terbaru ini bakal memberikan lebih kuasa mobiliti kepada pengguna untuk menikmati pengalaman multimedia sebenar yang ditawarkan oleh sebuah telefon bimbit,” ujar Kim ketika melancarkan KU970 itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir dengan saiz skrin lebih besar iaitu 2.2 inci, KU970 juga dilengkapkan dengan memori terbina dalam berkapasiti 512MB serta kamera terbina dalam 2.0 megapiksel dan kamera jenis VGA untuk panggilan video.



Model yang sudah berada di pasaran dan berharga RM1,399 ini juga dilengkapkan dengan Bluetooth 1.2, teknologi A2DP, MMS VOD dan MOD selain turut menyokong format fail multimedia MPEG4, H.263, AMR, VT, AAC, WMA dan banyak lagi.

Dalam majlis yang sama, LG turut memperkenalkan satu lagi telefon bimbit edisi eksklusif LG Shine iaitu KE970 Titanium yang diberikan tambahan kemasan titanium daripada versi asal model KE970.

Model tersebut yang bakal dipasarkan bulan depan dijual pada harga RM1,299.









No comments: