Sabri Yunus Kematian Isteri

KUALA LUMPUR: Isteri pelawak dan pelakon Sabri Yunus meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi akibat kanser perut.

Sabri yang dihubungi memaklumkan bahawa isterinya Noraya Mohd Yusuf, 45, meninggal dunia setelah mendapat rawatan sejak setahun lalu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pelawak dan pelakon terkenal Sabri Yunus kematian isteri tercinta Noraya Mohd Yusuf.


"Arwah mula menghidap penyakit tersebut setelah melakukan pemeriksaan darah dan kami diberitahu kanser itu sudah berada pada tahap keempat. Pada bulan Disember, arwah telah menjalani pembedahan tetapi dimasukkan semula ke hospital sejak 4 Julai lepas," katanya.



Sabri berkata doktor mengesahkan bahawa arwah Noraya meninggal pada jam 2 pagi tadi namun dia dan keluarga tidak berada disisi arwah ketika itu.

"Tak sedar sebab waktu itu pukul 2 pagi, jadi tak tahu keadaan dia macam mana." kata Sabri.

Namun, daripada maklumat yang diberikan oleh doktor yang merawat isterinya, tanda-tanda arwah Noraya akan meninggalkan mereka (keluarga) memang sudah ketahui.



"Dah tahu sebab doktor dah cakap. Jadi sudah nampak tanda-tanda dia akan pergi.." ceritanya lagi dengan tenang.

Jenazah arwah Noraya dikebumikan pada jam 11 pagi tadi di Beranang, Selangor.

Sabri dan Noraya mempunyai seorang anak lelaki, 16, dan dua orang anak perempuan yang berusia 14 tahun dan 12 tahun.










No comments: