Nik Aziz Terkilan Tidak Diundang Ke Majlis PM

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dijemput menghadiri sebarang majlis ketika Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan lawatan kerja dua hari ke negeri ini pada Khamis dan Jumaat lalu.

Katanya selaku tuan rumah, beliau sepatutnya dijemput untuk menghadiri salah satu majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

"Saya bukan nak pergi sangat tetapi kehormatan kepada orang tua perlu ada, ajar diri hormat kepada orang tua, saya ini kan sudah tua.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan kerana tidak diundang ke majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri.


"Orang luar atau tetamu datang kalau kita tidak jumpa... orang tua kata tak manis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Taranum Antarabangsa dan Minggu al-Quran di sini hari ini.



Antara program yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada lawatan itu ialah majlis pecah tanah projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dan Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan 2007.

Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa pada masa sekarang beliau tidak dijemput menghadiri majlis yang dihadiri Abdullah sedangkan ketika Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri, beliau dijemput.

"Saya kenangkan zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, semasa beliau membuka Jambatan Tendung saya dijemput hadir dan saya pergi," katanya. BERNAMA

Pakej Web Jualan






No comments: