Farawahida Tak Menang Tangan

AWAL tahun ini, rezeki menyebelahinya apabila dia dinobat sebagai pemenang Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006. Sedikit sebanyak, dia tahu dirinya tidak jauh ketinggalan berbanding nama besar lain di arena seni suara tanah air. Perjuangan untuk memahat namanya di persada hiburan tanah air selama ini dikira berbaloi, apabila trofi itu digenggamnya Februari lalu.

Langkah Farawahida tidak terhenti di situ. Menyedari ruangnya untuk bertapak sudah tersedia, dia men
eruskan langkah dengan menghasilkan album seterusnya, Semuanya Ada Di Sini, yang baru beberapa bulan menemui peminat di pasaran.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Farawahida muncul dengan album baru Semuanya Ada Di Sini.


Penerbitan album itu juga melayakkannya untuk sekali lagi dicalonkan dalam ABPBH, kali ini dalam kategori Penyanyi Wanita Popular pula. Seandainya anugerah artis baru sudah digenggam, bagaimana pula harapannya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir, seterusnya mengangkat trofi penyanyi popular?

“Cabarannya tentu lebih besar apabila bersaing dalam kategori lebih senior. Jadi, saya sendiri sebenarnya tidak pernah bermimpi untuk menang kategori berkenaan. Saya cukup sedar di mana kedudukan saya, sebagai artis yang baru saja hendak bertapak dalam dunia hiburan,” kata Farawahida merendah diri.

Namun, seandainya peminat terus memberikan sokongan, tidak mustahil dia mampu melakukannya.



“Mudah-mudahan,” katanya ringkas, tetapi penuh harapan semoga pembabitannya dalam industri seni dapat bertahan.

Yang jelas, nama Farawahida tidak tenggelam sebaik meraih gelaran Artis Baru Popular di Genting Highlands. Kesinambungan populariti dirinya serta lagu Tanpamu nampak kelihatan. Lagu barunya, Semuanya Ada Di Sini dan Rakus ibarat penyambung nadi kepada karier seninya yang kian berkembang.

Pada ketika yang sama, dia bersyukur kepada Tuhan apabila namanya turut dicalonkan pada peringkat awal Anugerah Era 2007 bagi kategori Vokal Wanita Pilihan dan Lagu Pop Pilihan (Buah Hati).

“Saya amat bersyukur dengan rezeki yang saya peroleh hari ini. Andainya pada awal pembabitan dulu, mungkin nama saya tidak begitu dikenali, tetapi selepas kemenangan berkenaan, makin ramai peminat memberikan galakan.

“Jika dulu, undangan persembahan yang saya terima dalam masa sebulan hanyalah kira-kita tujuh atau lapan, kini berlainan sekali keadaannya. Sekarang, untuk berehat, mungkin ada tujuh hari saja untuk saya berbuat demikian dalam masa sebulan.



“Saya juga berasa cukup lega apabila lagu daripada album terbaru mendapat sambutan baik daripada pihak stesen radio dan peminat. Semuanya Ada Di Sini, umpamanya, ligat diputarkan di Hot FM, Suria FM, Muzik FM dan hampir kesemua stesen radio negeri. Lagu itu turut berada dalam carta Hot selama tiga bulan.

“Rakus pula meletup di stesen XFresh, apabila dua bulan berada dalam carta lagu popularnya. Ia juga menduduki anak tangga yang baik dalam carta KL FM serta beberapa stesen radio negeri. Kini, lagu Buah Hati kerap sekali diputarkan di radio Era. Ketiga-tiga lagu itu juga menjadi perhatian peminat untuk tujuan muat turun nada deringnya,” kata Farawahida.

Sementara itu, penyanyi ini juga berasa dirinya cukup bertuah apabila turut terpilih memeriahkan acara promosi Digi Gegeriuh di seluruh negara.

Katanya, dia ialah artis paling junior jika dibandingkan dengan beberapa nama yang disenaraikan sama bagi acara berkenaan termasuk Ella, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Spider dan lain-lain. Bersama Digi Gegeriuh, mereka mengadakan lapan siri persembahan.

Penyanyi berambut panjang ini juga turut terpilih menjayakan 72 persembahan di seluruh Malaysia, menerusi siri jelajah Kempen Pengguna Bijak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Katanya, di samping menghiburkan peminat, seboleh-bolehnya dia juga tidak mahu melupakan tanggung jawab sosial sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.



Info Album Semuanya Ada Di Sini

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketSEMUANYA Ada Di Sini dan Adakah Masih Ada nyanyian Farawahida terpilih sebagai lagu tema siri popular Datin Diaries siaran TV3.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketLAGU Di Sini Ada Cinta yang dinyanyikan secara solo pula menjadi lagu tema drama 26 episod, Rama-Rama Terkopak Sayapnya, siaran RTM.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketVERSI Duet Di Sini Ada Cinta (dinyanyikan bersama Endang S Taurina) menghiasi drama Jelatang yang menemui penonton TV3 melalui slot Lestary, TV3.



Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketSEBUAH lagi lagunya, Jangan Simpan Tangismu, diangkat sebagai lagu tema sebuah drama bersiri 26 episod menggunakan judul serupa, untuk tayangan Ogos depan.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketLAGU lain yang turut dimuatkan dalam album terbarunya ialah Baby Honey, Adakah Masih Ada, Masih Saja Bahagia dan Lagu Penglipurlara.















No comments: