Nokia E90
NOKIA, pengeluar utama telefon selular utama dunia, memperkenalkan siri terbaru dalam keluarga Communicator, E90, yang memiliki aplikasi mel elektronik dan produktiviti serta boleh menggunakan kedua-dua GSM dan teknologi komunikasi generasi ketiga.
Communicator terbaru ini turut menyediakan sambungan data menggunakan perkhidmatan jalur lebar menerusi 3G WCDMA dan WLAN serta Paket Capaian Muat Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) untuk membenarkan proses penghantaran data dilaksanakan dengan cepat.
Peranti mudah alih itu menggunakan teknologi terkini 3G, HSDPA, WLAN untuk mempercepatkan lagi proses penghantaran data. E90 dilengkapi browser S60 bersama 16 juta warna memiliki kemampuan bagi memaparkan keseluruhan laman web.
Communicator E90 menggunakan platform S60, membolehkan lebih banyak aplikasi tambahan disediakan kepada pengguna. Ia juga menyediakan aplikasi sistem pengesanan global (GPS) dan aplikasi Nokia Maps untuk memilih laluan dan mencari lokasi.
Bagi memberikan pengalaman peribadi menarik, Nokia Communicator E90 tidak ketinggalan dilengkapi radio FM, pemain muzik, pemain video dan dua kamera - kamera auto fokus 3.2Mpix bersama flash dan kamera kedua untuk persidangan video.
Muat turun spesifikasi terkini Nokia E90

No comments:
Post a Comment