MP3 Player - T9

ERA sistem penyampaian lagu menerusi kelengkapan hiburan bersaiz besar seperti radio, mini radio dan ‘walkman’ semakin kurang mendapat sambutan di kalangan peminat muzik masa kini.

Kelahiran pelbagai peranti lebih kecil dan bertenaga menggantikan penggunaan kelengkapan seumpamanya bagi tujuan untuk berhibur.

Peralatan muzik masa kini tidak lagi tertumpu kepada penyampaian sistem audio berkesan saja apabila ia turut dilengkapi ciri tambah nilai seperti melayari fail untuk format gambar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Samsung menerusi model pemain mp3 terkininya, YP-T9 (T9) turut menawarkan peralatan hiburan bersepadu yang dilengkapi ciri paparan fail gambar bertenaga pada saiz peranti lebih kecil.

Malah, apabila dibandingkan dengan iPod Nano, ia adalah peranti multimedia lebih kecil yang ditawarkan di pasaran masa kini.



Daripada segi keupayaannya, T9 dilengkapi memori sama ada pada kapasiti storan 2 Gigabait (Gb) dan 4 Gb.

Ini bagi membolehkannya menampung kapasiti storan untuk fail bagi format audio seperti mp3 serta WMA dan juga fail gambar yang dilengkapi di dalam satu kelengkapan kecil serta padat itu.

Selain itu, ia juga dilengkapi ciri radio yang mampu mengesan frekuensi siaran radio menerusi ciri pengesan automatik bagi 30 slot.

Bagi tujuan rakaman pula, T9 mempunyai ciri perakam FM yang mampu merekodkan fail mp3 sehingga 195 kilobait sesaat (Kbps).

Pemain muzik mp3 itu direka dengan mikrofon binaan dalaman bertenaga bagi tujuan rakaman suara yang lebih berkesan.



Model T9 itu juga turut menawarkan ciri pemain balik audio, selain dilengkapi mod rombakan standard dan mod ulangan.

Untuk mod ‘equalizer’ pula, ia dilengkapi 12 sistem penyampaian bunyi iaitu biasa, rock, ‘house’, menari, Jazz, balada, R&B, klasik, pengguna tiga D(3D), studio 3D, pentas 3D, kelab 3D dan sembilan jalur EQ pengguna.

Lebih unik lagi, model pemain mp3 terbaru Samsung itu turut dilengkapi fungsi mod ‘street’ yang membolehkan pemiliknya menikmati lagu lebih jelas walaupun ketika berada di luar.

Berbeza dengan kelengkapan multimedia seumpamanya di pasaran, T9 turut disediakan dengan paparan skrin lebih besar pada 1.8 inci bagi pemain mp3 bersaiz kecil dan nipis itu.

Sistem kawalannya juga adalah mudah apabila ia mempunyai papan kawalan lima arah yang turut diperkukuhkan dengan butang pilihan pusat lebih besar.



Butang kawalan bersaiz besar dan mudah dikendalikan adalah perlu memandang T9 dihasilkan pada saiz yang kecil serta lebih nipis.

Antara kelemahan terdapat pada pemain mp3 T9 itu adalah ia mempunyai sistem penyampaian prosesor yang perlahan, butang sisi lebih kecil yang memerlukan pemiliknya untuk membiasakan diri mengendalikannya dan tidak mempunyai mod UMS.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya ia adalah pemain mp3 yang mudah dikendalikan apabila dilengkapi antara muka mesra pengguna, penyampaian bunyi bertenaga, jangka hayat bateri lebih panjang dan penampilan yang lebih menarik.

Penyediaan pelbagai ciri lain seperti paparan foto, pemain balik video, perakam suara, keupayaan permainan elektronik di dalamnya dan disokong langganan muzik menjadikannya antara pemain mp3 bersaiz kecil bertenaga.





Spesifikasi:




Skrin LCD
26,000 warna pada resolusi 176 x 220 piksel.



Storan
Memori ‘Flash’



Format muzik
MP3, WMA, OGG



Sistem sambungan
Bluetooth



Ciri radio
FM tuner



Aspek sokongan
ASF, AVI, MPEG4, RMVB, SWF, WMV dan game Flash



Bateri
Litium polimer



Dimensi
42.6 x 83 x 11 milimeter



Berat
49 gram



Harga
RM658 (2GB), RM798 (4GB)



No comments: