Nokia 5700

NOKIA (M) Sdn Bhd (Nokia) memperkenalkan telefon teknologi generasi ketiga (3G) yang dikenali sebagai Nokia 5700 XpressMusic yang sarat dengan aplikasi bagi membenarkan pengguna menikmati dan berkongsi muzik dengan rakan mereka.

Dilengkapi cip audio yang mampu meningkatkan prestasi muzik serta mampu menyimpan 1,500 lagu menerusi kad SD 2GB mikro dan mendengar muzik berterusan selama 86 jam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nokia 5700 XpressMusic tersedia pembesar suara yang boleh dipusingkan, yang dilengkapi pemain muzik, dan visual.

Kelebihan sistem pembesar suara yang boleh dipusingkan itu ialah ia memberikan peluang kepada rakan untuk sama-sama menikmati muzik yang digemari pemilik telefon berkenaan.



Nokia 5700 Xpress Music memiliki perisian S60 yang membolehkan pengguna menambah aplikasi, kandungan atau perkhidmatan.

Ia berkemampuan untuk membenarkan pemilik telefon berkenaan bertukar kepada empat mod iaitu pemain muzik, kamera 2 mega piksel, panggilan telefon menggunakan video dan telefon pintar.

Nokia 5700 XpressMusic memiliki 16 juta warna pada skrin yang membolehkan memainkan semula video menjadi mudah dengan warna dan imej yang lebih tajam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dengan memanfaatkan teknologi 3G, pemilik boleh melayari internet, memindah turun dan menyalurkan kandungan multimedia kepada rakan. Proses memasukkan lagu ke dalam Nokia XpressMusic adalah mudah dan pantas kerana pengguna boleh memilih pelbagai format digital, merangkumi WMA, MP3, eAAC+ dan MP4. Harga yang ditawarkan ialah RM1,559 dan berada di pasaran bulan depan.



No comments: