Konsert Istana Cinta

Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung selama dua hari di Istana Budaya pada Jumaat dan Sabtu lepas agak menghiburkan walaupun tanpa promosi dan publisiti yang hebat.

Sayang sekali, promosi tidak dijalankan dengan sepatutnya untuk satu konsert 'sebesar' ini.

Lagu-lagu yang dipilih berjaya menggamit memori silam seniman agung dan isterinya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nyanyian Siti memukau mereka yang hadir di Istana Budaya.


Sekiranya matlamat konsert tersebut untuk memberi penghormatan kepada P.Ramlee & Saloma, ianya boleh dianggap menepati matlamatnya.

Siti seharusnya rasa bangga dan besar hati kerana dalam ramai-ramai penyanyi tanahair kita, Siti telah diberi penghormatan setinggi ini untuk membuat satu konsert bagi mengenang jasa P.Ramlee & Saloma.


Sebelum ini, Siti turut diundang membuat konsert tribute untuk Sudirman Hj Arshad.

Kebolehan Siti menyanyikan lagu-lagu dari zaman P.Ramlee tidak boleh dinafikan tetapi agak janggal apabila Siti juga turut diminta menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee seolah-olah kita sudah ketandusan penyanyi lelaki.

Tidak tahu apa rasionalnya pemilihan dua penyanyi lelaki yang tidak 'setanding' dengan kehebatan Siti, iaitu Musly Ramlee dan Fazli Zainal yang diundang menyampaikan lagu-lagu P.Ramlee. Gandingan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tidak nampak kehebatan naskah P.Ramlee apabila ianya disampaikan oleh dua penyanyi ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gabungan Siti Nurhaliza dan Fazli Zainal tidak berjaya menambat hati penonton-penonton.


Untuk mengenang jasa P.Ramlee serta lagu-lagu ciptaannya, memadai ke dengan menjemput penyanyi sebegini?

Bukan hendak memperlekehkan kebolehan mereka berdua tapi rasanya belum cukup sempurna.

Memang Musly Ramlee ada 'aura' P.Ramlee dalam penyampaiannya, patah lagu mahupun lenggok tarinya yang dibuat-buat dan ditiru-tiru tapi setakat aura saja tidak cukup.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Siti bersama Musly Ramlee dalam lagu P.Ramlee-Saloma





Setelah Sean Ghazi menolak untuk turut serta dalam konsert ini, penerbit konsert ini seperti tenggelam punca tidak tahu hendak pilih siapa lagi. Akhirnya pilihan jatuh pada Musly dan Fazli Zainal. Kenapa kita kecilkan skop pencarian P.Ramlee?

Pemilihan Siti sebagai 'Saloma' memang tepat tapi gandingan 'P.Ramlee' nya hendaklah sama seimbang. Ini tidak. Sitilah Saloma dan Siti jugalah P.Ramlee.

Dalam kita mengimbau kenangan dan nostalgia lagu-lagu peninggalan seniman agung kita, kita juga dihiburkan dengan kelunakan dan kemerduan suara Siti.

Untuk ketika ini, tiada lagi penyanyi yang didapati sesuai dan serasi mendendangkan lagu-lagu peninggalan Saloma seperti Bila Larut Malam, Pesta Muda Mudi, Airmata Di Kuala Lumpur, begitu juga versatilinya dalam penghayatan lagu-lagu P.Ramlee.

Seperti yang saya katakan tadi, mungkin juga kita ketandusan penyanyi lelaki yang layak ditampilkan bersama Siti sehinggakan kita terpaksa mendengar lagu-lagu P.Ramlee yang dibawakan oleh Siti sahaja.



Kemerduan suara isteri Datuk K dalam menghayati lagu-lagu karangan, nyanyian dan gubahan P.Ramlee tidak dapat disangkal. Emosi yang dipaparkan tepat sekali dan setiap lirik menusuk jauh ke dalam kalbu.

Siti berjaya membawa lagu-lagu ini dengan baik sehingga ramai yang terpegun melihat kelantangan vokal Siti yang semakin hebat dan tidak pernah berubah sejak sekian lama.

Bukan calang-calang penyanyi boleh membawa lagu-lagu ini dengan berkesan sekali dan stamina Siti juga amat membanggakan. Walaupun ada 'kesilapan' kecil dalam lirik lagu, ianya tidak mencacatkan penyampaian lagu Siti.

Siapa kata Siti tidak gugup? Ada satu ketika Siti bagaikan terlupa hendak mengalu-alukan kedatangan 'ayahanda dan bonda' Tun Mahathir Muhammad dan isteri. Hanya setelah hampir selesai konsert, barulah Siti tersedar.

Aspek pengurusan pentas juga agak mendukacitakan. Props yang digunakan seharusnya lebih cantik dan tidak sekadar 'melepaskan batuk di tangga.'



Jika dilihat dari segi repertoire dan perjalanan konsert yang memakan masa selama dua jam itu, ini adalah antara konsert Datuk Siti Nurhaliza yang paling mengesankan sekali.

Tribute Siti Nurhaliza kepada idolanya Tan Sri P.Ramle dan Saloma berjaya dan cukup menghiburkan. Tapi sayang sekali, ramai yang tidak tahu akan kewujudan konsert ini. Salah siapa?



No comments: