"PM dengan saya OK" - Najib

PEKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal desas-desus di Internet bahawa hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu baik.

Sambil menyifatkan desas-desus berkenaan sebagai satu dongengan, beliau berkata hubungan beliau dengan Perdana Menteri begitu erat serta kukuh dalam memacu pembangunan negara.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


"Saya sebagai orang nombor dua dalam negara sentiasa berusaha membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran dan sebagainya bagi kepentingan negara.

"Jangan dengarlah cerita-cerita dalam Internet...ini semua cerita dongeng," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan makan tengah hari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata tindakan segelintir pihak yang mengadakan ceramah untuk memburuk-burukkannya termasuk di kawasan Pekan merupakan satu tindakan bagi meracuni fikiran masyarakat.

"Kita jangan cepat melatah, kita berpegang kepada kebenaran dan prinsip...yang penting kita faham, kenal dan tahu siapa yang akan membantu kita," katanya.

Katanya rakyat kini mampu menilai kepimpinan negara dan mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang paling baik dan sesuai.



"Tahun ini kita menyambut 50 tahun kemerdekaan negara dan kita patut bersyukur dan rasa bertuah menjadi warga Malaysia yang maju dan mantap berbanding negara lain.

"Pencapaian ini terletak kepada banyak faktor dan satu daripadanya ialah soal kepimpinan berkesan kerana pemimpin sejak dulu begitu berwawasan, berdedikasi dan mempunyai perancangan teratur untuk kepentingan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat perlu bersamasama kerajaan mempunyai matlamat untuk bersatu padu dan bermuafakat bagi meneruskan agenda pembangunan negara.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata ketua-ketua kampung dan anggota JKKK perlu peka dan sentiasa sedar dengan peranan mereka dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini berhubung dasar kerajaan.

Katanya pemimpin peringkat akar umbi itu mempunyai peranan penting bukan hanya membantu menyelesaikan masalah masyarakat, malah menjadi penyambung lidah kerajaan. BERNAMA





Sumber : mSTAR Online



Kata Izalsyah; "Aku pun OK" Ahaks!





No comments: