PDA Xda Atom Life

O2 Asia Pasifik dan Timur Tengah (O2), pengeluar terkemuka peranti mudah alih inovatif melancarkan telefon selular pembantu peribadi digital (PDA) mudah alih 3.5G terkini, model Xda Atom Life yang dicipta khusus untuk golongan profesional.

Ketua eksekutifnya, Mark Billinton, berkata pelancaran Xda Atom Life adalah selepas kejayaan beberapa siri model PDA O2 di pasaran tempatan seperti O2 Atom Exec, Xda Stealth, Xda II mini, Xda Atom dan Xda Zinc sebelum ini.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
MENARIK: Model menunjukkan PDA Xda Atom Life keluaran O2.


“Dengan pelancaran Xda Atom Life ini, O2 menjangka mengekalkan kedudukan sebagai antara pembekal utama PDA mudah alih di rantau Asia Pasifik,” katanya selepas melancarkan Xda Atom Life di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Xda Atom Life didatangkan dalam bentuk kerangka hitam berkilat yang diperkemas dengan gelang perak berkilat di tepinya dan dengan berat 145 gram. Peranti canggih itu dianggap ‘enjin’ bergerak bagi golongan profesional yang sibuk.

Billington berkata, ia direka bentuk sebagai peranti multimedia untuk hiburan peribadi menyeluruh dengan pelbagai aplikasi multimedia terkini bagi memenuhi keperluan pengguna.

Dengan paparan muka O2 MediaPlus, pengguna boleh membaca majalah, menonton klip video, menikmati himpunan kira-kira 200 lagu MP3 dan mendengar lagu menerusi radio FM yang dilengkapi fungsi RDS.

Sistem audio peranti ini dibantu teknologi stereo sekeliling SRS WOW HD dan dwi pembesar suara bagi membolehkan pengguna berkongsi muzik. Pada masa sama, ia dibangunkan untuk membolehkan pengguna membuat panggilan video dan menambah ‘podcast’ muzik terkini ke dalam koleksi pada kelajuan muat turun tinggi.



Fungsi sambungan tanpa wayar Bluetooth dan rangkaian kawasan setempat (LAN) tanpa wayar yang terbina di dalam membolehkan pengguna membuat pilihan ke rangkaian tanpa wayar di mana-mana tempat.

Bagi pengguna yang kreatif, mereka boleh menggunakan model ini untuk mencipta video muzik atau filem sendiri, manakala pelbagai pilihan penyambungan membolehkan pengguna berkongsi fail multimedia atau memasukkan foto serta video ke dalam ‘blog’.

Peranti ini disokong oleh pemproses XScale PXA 270 dengan kelajuan 624 MHz, sekali gus menjadikannya PDA terpantas di pasaran dan ia beroperasi di atas platform sistem operasi Windows Mobile.

Ia dilengkapi 25 aplikasi perisian, yang mana sebahagian besar daripadanya dibangunkan sendiri oleh O2 seperti O2 Connect, O2 SMS Plus dan O2 Phone Plus bagi memenuhi keperluan pekerjaan pengguna.

Aplikasi O2 PhonePlus yang dilengkapi bersama produk Xda Atom Life itu dapat membantu pemiliknya untuk menguruskan senarai nama di dalam buku telefon di samping meningkatkan kelajuan membuat panggilan.



Bagi O2 SMS Plus pula, ia dapat mewujudkan persekitaran lebih mudah untuk penggunaan pesanan segera bagi penghantaran pesanan berunsurkan teks.

Jeyo Mobile Extender pula dihasilkan untuk menyeragamkan aplikasi teks SMS ke komputer bagi tujuan mengarang teks di komputer desktop, di samping dilengkapi Jeyo SMS Backup untuk proses salinan serta pemulihan teks pesanan pengguna.

Harga yang ditawarkan bagi telefon PDA Xda Atom Life itu untuk pengguna tempatan adalah RM3,388 dan ia akan mula berada di pasaran hujung bulan ini.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Lauk Tambah; PDA Xda Zinc





No comments: