PDA Xda Zinc

SYARIKAT pembekal perkhidmatan komunikasi mudah alih global, O2 memperkenalkan telefon peranti telapak (PDA) mudah alih 3G terkini, Xda Zinc yang dihasilkan khusus untuk segmen pengguna profesional tempatan.

Ia adalah kelengkapan telekomunikasi yang direka menggunakan asas teknologi komunikasi terkini dan diperkukuhkan menerusi penggunaan prosesor bertenaga bagi melaksanakan tugasan harian serta aplikasi kerja dengan lebih berkesan.

Photobucket - Video and Image Hosting

O2 menerusi produk PDA 3G itu menawarkan peralatan komunikasi yang mempunyai fungsi pesanan bagi golongan profesional yang sering menggunakan emel, pesanan segera (IM) dan perkhidmatan pesanan ringkas (sms).

Produktiviti peralatan komunikasi terkini itu juga turut dipertingkatkan menerusi pengenalan papan kekunci QWERTY gelungsur bersamanya bagi meningkatkan penggunaan pemilik pada tahap optimum.

Apabila papan kekunci QWERTY dikeluarkan, ia secara automatik mampu menukar skrin 2.8 inci warna 65 K TFT LCD itu kepada mod lanskap daripada mod potret bagi memudahkan aktiviti penulisan dan membaca emel, sms serta dokumen lain seperti Excel, Spreadsheets begitu juga PowerPoint.

Peralatan komunikasi yang diperkukuhkan dengan teknologi 3G itu mampu meningkatkan tahap kerja pemiliknya apabila membabitkan pemprosesan data sebelum maklumat dihantar ke rangkaian sambungan lain.

Pengguna yang mahukan peranti mudah alih dilengkapi fungsi office terkini berpeluang untuk menggunakan peralatan teknologi yang berasaskan platform Microsoft Windows Mobile 5.0 menerusi model Xda Zinc itu.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Ia dilengkapi prosesor Intel Xscale PXA270 yang beroperasi pada 520 Megahertz (MHz), cip Intel Hermon dan memori dalaman 128 Megabait (Mb) bagi membolehkan data dihantar dengan cepat.

Selain itu, ia juga dilengkapi teknologi 'push' secara terus bagi kegunaan emel, Bluetooth SIG v 2.0 dan LAN 802.11b+g tanpa wayar.

Telefon PDA Xda Zinc itu boleh digunakan bagi tujuan semakan pergerakan pasaran saham, membuat tempahan e-tiket, membuat panggilan video, pertukaran fail dan kad tanpa mengira lokasi dan masa.

Keunikan yang ditawarkan kepada pengguna golongan profesional menerusi Xda Zinc itu adalah penyediaan aplikasi pesanan seperti O2 Message Plus yang dilengkapi pusat sehenti bagi sms, mms, emel dan keperluan RSS.

Aplikasi O2 PhonePlus yang dilengkapi bersama produk Xda Zinc itu dapat membantu pemiliknya untuk menguruskan senarai nama di dalam buku telefon di samping meningkatkan kelajuan membuat panggilan.

Bagi O2 sms Plus pula, ia dapat mewujudkan persekitaran lebih mudah untuk penggunaan IM bagi penghantaran pesanan berunsurkan teks.

Jeyo Mobile Extender pula dihasilkan untuk menyeragamkan aplikasi teks sms ke komputer bagi tujuan mengarang teks di komputer desktop, di samping dilengkapi Jeyo sms backup untuk proses salinan serta pemulihan teks pesanan pengguna.

Harga yang ditawarkan bagi telefon PDA Xda Zinc itu untuk pengguna tempatan adalah RM3,288.


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Spesifikasi PDA Xda Zinc

Photobucket - Video and Image Hosting Paparan: 2.8 inci TFT LCD dengan panel sesentuh, resoulusi 320 x 240 dot, Warna 65k

Photobucket - Video and Image Hosting Frekuensi sambungan: Tiga jalur GSM 900/1800/1900, GPRS, WCDMA2100

Photobucket - Video and Image Hosting Memori: 128Mb Flash ROM, 64Mb RAM, Memori dipertingkatkan MiniSD

Photobucket - Video and Image Hosting Kamera: Kamera fokus tetap CMOS dua megapiksel, Kamera VGA kedua untuk panggilan video, LED putih flash, Menyokong rakaman imej pegun dan video

Photobucket - Video and Image Hosting Audio: Fon speaker, Speaker stereo, menyokong pemain balik MIDI, MP3, WMA, WAV, AMR-NB, AAC, Menyokong nada dering 64-chord MIDI, MP3, WAV

Photobucket - Video and Image Hosting Dimensi: 109 x 58 x 22.6 milimeter (mm)

Photobucket - Video and Image Hosting Berat dengan bateri: 175 gram




Sumber : Berita Harian Online



Kata Izalsyah; "Boleh try beli satu nie!" Ahaks!




No comments: