Simkad Rakyat 1Malaysia - SR1M

PUTRAJAYA - Rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih berpatutan selepas produk baharu, Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dilancarkan semalam.

 photo Simkad Rakyat 1Malaysia - SR1M_zpsk65eg25q.jpg
Muka depan Sinar Harian 17-03-2015

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, SR1M diperkenal syarikat swasta, Optic Tech Sdn Bhd yang menawarkan khidmat telekomunikasi pada harga murah, berkualiti dan memberi manfaat kepada rakyat. 

Optic Tech bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan itu menyasarkan jumlah sim kad yang dijual mencecah 1 juta tahun ini. 

Pek permulaan kad sim SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma RM5 serta akses data internet sebanyak 150 Mps

Harga pek permulaan ini kekal walaupun selepas perlaksanaan cukai  barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini menurut Pengerusi SR1M, Mohd Noor Mohd Amin. 

Kad sim itu diedar 15 syarikat ejen dan boleh dibeli bermula semalam di Lembah Klang dan dalam tempoh seminggu di negari lain.
 
Sasaran utama pengguna Simkad Rakyat 1Malaysia ini adalah mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, orang muda dan pelajar. 

Buat masa ini SR1M ditawarkan dalam bentuk pakej prabayar sebelum diperluaskan merangkumi pakej pascabayar. 

Simkad Rakyat 1Malaysia mengenakan caj 8 sen bagi setiap 30 saat panggilan telefon, 8 sen bagi setiap SMS dan 5 sen bagi setiap megabait data yang dimuat turun dalam penggunaan internet mudah alih di telefon bimbit.


Sumber : Sinar Harian Edisi 17-03-2015 bersamaan 26 Jamadilawal 1436H 
 
      

No comments: