Awal Ashaari Selamat Kemalangan Ngeri

ALOR GAJAH - Hasrat Awal Ashaari mengacarakan rancangan hiburan Melodi secara langsung di Karnival Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, Krubong tidak kesampaian apabila selebriti itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 209.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Restoran Jejantas Air Keroh di sini semalam.

 photo BMW Awal Ashaari Kemalangan Accident_zpsa3bzh7ns.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 30-03-2015

 Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pengacara yang juga pelakon berkenaan hanya cedera ringan walaupun kereta mewah yang dianggarkan berharga RM800,000 miliknya remuk keseluruhannya.

Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari yang juga suami kepada pelakon Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya hanya mengalami kecederaan di bibir sahaja. Semasa kejadian, kereta tersebut dipandu rakan Awal, Izuan Mokhtar, 30. Izuan juga hanya cedera ringan.

Berita lanjut, klik di sini 

Sumber : Kosmo! Edisi 30 Mac 2015 bersamaan 9 Jamadilakhir 1436H

No comments: