Seks Jurutera Malaysia Dengan 31 Budak

Jurutera Malaysia didakwa di Singapura atas tuduhan seksual dengan 31 budak kanak-kanak lelaki.

 photo juruteraMalaysiabuatseks_zpsf969563e.jpg
Muka depan Kosmo! 19-01-2015

KUALA LUMPUR - Seorang jurutera Malaysia mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku seksual terhadap 31 kanak-kanak lelaki berusia antara 11 hingga 15 tahun, lapor akhbar Singapore's Staits Times pada Jumaat lalu.

Yap Weng Wah, 31, berasal dari Ipoh dilaporkan berkawan dengan kanak-kanak lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook dengan menggunakan akaun yang berbeza-beza.

Weng Wah mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan salah laku seksual dan berdepan dengan 64 pertuduhan lain.

Beliau berjaya memujuk semua kanak-kanak terbabit untuk melakukan seks di apartment sewa miliknya, tandas di pasar raya, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam antara November 2009 hingga Jun 2012.

 photo sjuruteraMalaysiabuatseksdenganbudak_zps9a17d95a.jpg
Klik pada gambar untuk imej lebih jelas.


Beliau juga didapati merakam perlakuan seksual tersebut termasuk nama, umur, dan tahun beliau melakukan hubungan itu di komputer riba miliknya.

Akhbar tersebut melaporkan polis turut menemui 2,000 klip video di dalam komputer riba miliknya.

Weng Wah telah ditahan pada tahun 2012 selepas seorang kanak-kanak hadir membuat laporan polis.

Namun ramai kanak-kanak masih menemui Weng Wah selepas melakukan hubungan seks kali pertama kerana mereka mungkin menjadi teman atau takut diugut.

Kes ditangguhkan pada hari Jumaat dan akan bersambung pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jika sabit kesalahan, Weng Wah akan dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan 24 sebatan.

Weng Wah telah berhijrah ke Singapura pada tahun 2009 dan beliau dilaporkan menyesal dengan perlakuan itu dan memohon maaf kepada mangsa dan keluarga.

Weng Wah masih mempunyai dua orang saudara dan ibu yang tinggal di Ipoh, Perak. Manakala bapanya berpindah ke New Zealand ketika tertuduh berusia 8 tahun. 


Sumber : Kosmo! Edisi 19-01-2015 bersamaan 28 Rabiulawal 1436H


No comments: