Nenek Kebaya - Kemban Diana Rafar
STATUS isteri kepada aktor Zamarul Hisham yang dipikul oleh aktres Diana Rafar sejak 16 Mei lalu bukanlah halangan untuk aktres jelita itu terus ligat dalam dunia lakonan.
Tidak ada titik noktah buatnya dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon meskipun dalam masa yang sama Diana sibuk dengan perniagaan spa yang semakin berkembang.
Namun, apa yang menjadi lebih sensasi adalah lakonan terbaru Diana dalam drama berjudul Nenek Kebaya. Bukan mutu lakonannya sudah menurun sebaliknya Diana yang sering dilihat berpakaian sopan semakin berani melakonkan adegan panas sejak bergelar isteri.
Adegan yang dimaksudkan adalah adegan Diana berkemban sambil mandi bunga dan berlulur dalam drama tersebut. Bukan mempersoalkan adegan tersebut tetapi tidakkah Diana bimbang akan persepsi masyarakat memandang statusnya kini sebagai isteri orang.
Menjawab persoalan itu, Diana yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut baru-baru ini di Cathay Cineplexes Damansara menjelaskan adegan tersebut direstui oleh suaminya sendiri.
"Drama ini adalah drama pertama saya selepas berkahwin. Mula-mula mendapat tawaran saya tidak pasti untuk menerimanya kerana ingin fokus pada spa dan berehat sebelum aktif semula pada tahun depan.
"Tetapi watak yang ditawarkan sungguh mencabar dan menarik tambahan suami saya mengizinkan saya membawakan watak sebagai Samsiah termasuklah adegan berkemban yang ada lima hingga enam babak. Kalau tidak saya pun tidak berani nak melakonkan adegan berkemban itu," ujarnya.
Beritahunya lagi, kekuatan untuknya melakonkan adegan berkemban juga kerana aktres veteran Mariani yang turut sama berkemban dalam drama ini.
"Saya memang malu pada mulanya tetapi bila Mariani melakonkan watak itu tanpa segan silu, saya sebagai pelakon rasa tercabar tambahan dia mengatakan kalau tidak mahu melakukan adegan itu baik jangan jadi pelakon.
"Bayangkan dia orang lama pun boleh lakonkan adegan itu dengan selamba, jiwa saya terus tercabar dan saya berlakon seperti mana yang dikehendaki pengarah.
"Tambahan pengarah beri kebebasan jika saya mahu menutup badan menggunakan tuala di bahagian bahu ataupun memakai baju. Tetapi saya pula rasakan tidak kena mandi bunga dengan memakai baju kemeja-T," katanya.
Bagaimanapun selepas meneliti semula adegan berkemban itu timbul kegusaran di hati wanita ini dan hasil perbincangan dengan pengarah hampir 70 peratus adegan yang mengandungi babak berkemban telah dipotong.
Jelasnya lagi, persetujuan demi watak bukanlah dengan tujuan untuk mengeksploitasi tubuh badannya di kaca televisyen tetapi demi menghayati watak yang dilakonkannya.
"Memanglah saya tidak berapa selesa pada mulanya tetapi adegan itu telah dikurangkan dan pada saya itu bukanlah masalah yang besar.
"Drama ini berkisar tentang roh dari zaman dulu kala merasuk dalam tubuh Nenek Putih (Mariani) dan merasuk saya. Orang dulu-dulu suka mandi bunga dan berlulur, jadi saya hanya lakonan babak itu. Tiada yang lebih-lebih," terangnya lagi.
Luahnya lagi, sebelum ini dia bimbang untuk menerima tawaran drama seram memandangkan dia pernah dihantui perkara misteri ketika berlakon dalam filem Susuk.
"Sebelum ini memang saya risau sebab biasanya kalau berlakon dalam filem atau drama seram tidak secara langsung perkara misteri akan menghantui pelakon dan krew.
"Tetapi syukur alhamdulillah sepanjang berlakon dalam drama Nenek Kebaya tiada perkara pelik atau misteri berlaku terhadap saya," ungkapnya lagi.
Jika aktres muda Diana pada mulanya teragak-agak untuk melakonkan adegan berkemban, lain pula ceritanya dengan aktres veteran Mariani yang telah berlakon sejak zaman filem hitam putih lagi.
Nampaknya, Mariani lebih berani daripada Diana kerana dia dengan penuh yakin melakonkan adegan berkemban yang baginya wajib dipenuhi untuk menghidupkan watak Nenek Putih atau Nenek Kebaya lakonannya.
Bagaimanapun ketika wakil media dipertontonkan sedikit drama tersebut yang memaparkan adegan Mariani berkemban sambil mandi bunga, pelbagai reaksi diterima.
Ada yang menghormati keberanian Mariani tetapi ada juga yang mempertikaikan keterbukaannya dalam lakonan memandangkan usianya yang sudah lanjut.
Menjawab persoalan itu, Mariani sedikit pun tidak gentar sebaliknya setiap apa yang dilakukan mempunyai sebab yang kukuh meskipun dikutuk dan dicaci orang ramai.
"Saya hanya ikut kehendak pengarah, itu tugas saya sebagai pelakon. Buat apa nak rasa malu sebab kalau kita kaji sejarah memang wanita Melayu mandi berkemban. Kalau di kampung orang tua atau muda mandi di sungai semuanya berkemban. Takkan saya nak berbogel pula.
"Saya memang tidak kisah orang nak fikir saya dah tua tapi masih nak berkemban dalam drama kerana saya tahu apa yang saya lakukan," ujarnya serius.
Selain itu, Mariani juga melahirkan rasa kesalnya terhadap segelintir pihak yang melemparkan kata-kata sinis terhadapnya di Internet.
"Walau saya sudah tua saya masih buka Internet dan saya ada terbaca orang kutuk saya mengatakan saya sudah tua masih sibuk nak berlakon, nanti sampai mati pun berlakon.
"Saya sedih kenapa orang nak cakap macam itu, habis itu semua yang saya buat salah ke? Saya tiada kebebasan ke? Saya jadi hantu salah, berkemban pun salah, habis apa yang boleh saya buat," luahnya kecewa.
Drama bersiri Nenek Kebaya yang diterbitkan oleh Suhan Movies Sdn. Bhd. sebenarnya mengungkap cerita sebalik mitos nenek kebayan.
Ia bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudah pun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudian memusuhi Puteri Sinar Cahaya yang dianggap sebagai perampas kekasihnya.
Sebagai hukuman Indera Laksamana dijatuhi hukuman mati oleh raja bagi mengelakkan percintaan antaranya dan Puteri Sinar Cahaya berlanjutan.
Sementara itu Mak Inang yang dihukum dibuang ke dalam hutan dan matanya dibutakan telah diselamatkan oleh Intan Sari. Matanya telah disembuhkan oleh Sang Pertapa yang mempunyai pelbagai ilmu.
Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangnya, Indera Laksamana dan menuntut ilmu daripada Sang Pertapa. Bagaimanapun dia hanya ada satu pilihan jika mahu membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan. Malangnya Sang Pertama memiliki ilmu yang membawa kejahatan.
Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewaris generasinya, Nenek Putih (Mariani) dan cicitnya Samsiah (Diana Rafar). Samsiah telah digunakan Intan Sari untuk membalas dendam dengan mengahwinkannya dengan Tuan Adam (Raisuddin Hamzah) yang merupakan keturunan ketujuh Puteri Sinar Cahaya.
Drama ini akan disiarkan di TV3 dalam slot Lagenda bermula 3 November depan pada pukul 4.30 petang setiap Isnin hingga Khamis.

WALAUPUN keberaniannya menimbulkan sedikit kontroversi tetapi Diana yakin peminat boleh menerima adegan dia berkemban.

Mariani lebih berani

1 comment:
salam
saya byk ketinggalan episod dgn cerita ni
nasib bole tgk secara online
baru tamat babak 9
Post a Comment