Beribadat Hanya Di Bulan Ramadan?

Soalan ;

Bagaiman hukumnya saudara saya yang hanya suka beramal ibadat pada bulan Ramadan dan apabila habis Ramadan dia susah hendak bersolat atau ke surau lagi?





Jawapan ;

Apa yang perlu difahami ialah setiap Muslim itu berkewajipan melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t. selama hidupnya bukan sebulan dalam setahun, atau pada bulan atau masa tertentu sahaja. Ada keistimewaan dan kelebihannya , seperti di bulan Ramadan dan Rejab, Syaaban, dan lain-lain.

Sebab itu Rasulullah s.a.w. selalu berpuasa dan bersedekah pada hari tersebut dan mengatakan bahawa amalannya yang baik akan tersenarai pada hari baik tersebut.

Dalam doa ikrar iftitah pula, kita diajarkan supaya menjadikan hidup dan mati kita sebagai hamba ini hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya bagi mendapat keredaan-Nya sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (Surah az-Zariat 56).

Rasulullah sendiri apabila di bulan Ramadan bersegera seperti angin dan banyak melakukan ibadat sedekah dan lain-lain. Jadi kalau Rasulullah pun tidak pernah mencuaikan tugas dan amalnya untuk mengabdikan diri kepada Tuhannya, maka bagaimana kita yang banyak dosa kepada Tuhan selama ini? Beribadat kepada Tuhan sekali sekala sahaja sekalipun di bulan Ramadan adalah tidak patut.

Oleh itu jadilah hamba yang tahu mengenang budi dan jangan jadi hamba yang kurang adab dan kurang ajar dengan Tuhan. Anda dinasihatkan supaya memberi sokongan dan rangsangan kepada saudara anda tersebut. Mudah-mudahan dia akan berubah dan memperbetulkan hidupnya pada masa hadapan. Saya percaya dan berharap (berdoa) berkat Ramadan yang diberkati ini kita semua akan mendapat petunjuk dan rahmat-Nya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Alamatkan segala persoalan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.










No comments: