Kondo KHR-2HV : Robot Yang Pandai Menari Salsa

JIKA dulu, robot boleh dikatakan kaku kerana pergerakannya agak terhad tetapi kini terdapat robot yang bukan saja boleh bermain bola sepak, berperang tetapi juga menari salsa!

Robot yang boleh bermain dan menari itu dikenali sebagai Kondo KHR-2 HV dengan mempunyai rupa paras seperti robot Robocop.

Cirinya lebih lasak dan bentuk kepalanya adalah bulat, tidak seperti robot-robot sebelumnya manakala tangan dan kakinya tidak kaku semasa menari.



Apa yang lebih menarik pembeli boleh mendapatkan alat ganti kondo dengan mudah.


Klip video aksi robot Kondo KHR-2HV.



Robot ini bukan sahaja akan menjadi rebutan di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang mahu ‘menjalin’ persahabatan dengan robot.

Kondo dijual dengan harga kira-kira RM530 di Jepun.











No comments: