"Saya Bukan Lari" - Erra Fazira

KUALA LUMPUR: “Biar dia selesaikan dengan caranya dulu. Saya bukannya melarikan diri tapi ada kerja yang perlu diselesaikan,” kata pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 33, ketika dihubungi, semalam.

Erra berkata, dia mengetahui pelbagai cerita disebarkan mengenai dirinya tetapi tidak mahu membuat sebarang kenyataan untuk menjelaskan keadaan atau mempertahankan maruahnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Katanya, dia akan memberi kenyataan pada masa sesuai nanti dan untuk berlaku adil akan membuat kenyataan secara rasmi di hadapan semua media.

“Buat masa ini, saya mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap penggambaran filem Hidden. Apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah cerita yang digembar-gemburkan itu tidak betul.

“Saya anggap ini sebagai satu dugaan buat saya. Harap beri masa untuk saya selesaikan tugas saya terlebih dahulu,” katanya.



Harian Metro semalam melaporkan kenyataan pelakon Hans Isaac hubungan cintanya dengan Erra sudah putus sejak dua minggu lalu.

Ini kerana bekas Ratu Cantik Malaysia itu mahu berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin, 32.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin.


Hans juga mengakui gosip yang tersebar luas mengenai dia menemui Erra bersama buah hatinya di kediaman Erra, kira-kira dua minggu lalu.

Sementara itu, Imran tidak menafi atau mengesahkan menjalin hubungan cinta dengan Erra ketika dikerumuni wartawan pada majlis sidang media mengenai Konsert Suria FM di sini, semalam.

Katanya, dia mengenali Erra sebagai artis dan tidak lebih daripada itu kerana selaku kakitangan stesen radio, dia baik dengan semua artis, termasuk Erra.



“Saya tidak nafikan perkara yang sahih tapi apapun terjadi, ia urusan peribadi.

“Saya juga tak gentar berhadapan situasi itu kerana tidak membuat sebarang kesalahan dan Allah swt akan mendedahkan kebenaran.

“Kenapa saya perlu takut kerana saya tidak buat salah dan saya yakin Allah swt akan membantu saya menyelesaikan perkara ini,” katanya sambil mengakui menghormati wartawan yang datang ke majlis itu.

Mengenai gosip yang sedang hangat diperkatakan sejak Isnin lalu, kata Imran, itu adalah hak peribadinya.

“Saya tidak suka mencampuri hal orang lain. Tumpuan saya sekarang kepada Konsert Suria FM, Sabtu ini. Saya ada keluarga dan saya harus menjaga perasaan mereka. Semua orang ada ibu bapa, abang, adik atau kakak, begitu juga dengan saya.




“Seperti mana saya menghormati awak semua, awak hormatilah perasaan ibu bapa saya.

“Mereka masih hidup dan saya bukan insan yang terbabit secara langsung dalam lapangan hiburan kerana saya bukan pelakon atau penyanyi,” katanya.

Mengenai kenyataan Hans bahawa Imran dan Erra akan berkahwin, dia berkata, sebarang keputusan mengenai masa depannya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.

“Isu perkahwinan itu bukan datang dari mulut saya. Ibu bapa saya juga belum tahu apa-apa mengenainya. Kalau anda tidak menghormati saya pun, hormatilah keluarga saya,” katanya.

Dia juga berharap, jangan panjangkan lagi isu terbabit dan tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.



“Saya perlu menangani situasi itu secara profesional kerana saya tidak mahu menyakitkan hati orang dan harus bertindak menggunakan akal fikiran.

“Walaupun saya sudah jangka akan berlaku, saya anggap gosip yang tersebar sekarang hanyalah fitnah. Saya juga menghormati Hans dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Hanya Allah swt tahu perkara sebenar,” katanya.

Imran seterusnya menjelaskan dia tidak akan membuat sebarang sidang akhbar untuk menjelaskan perkara yang tercetus sekarang.

“Saya yakin dengan tersebarnya berita itu, reputasi saya sebagai Ketua Pegawai Operasi Suria FM tidak terjejas kerana saya tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja,” katanya.

Cerita Semalam; Erra, Hans Sah Putus Cinta!









1 comment:

Anonymous said...

boring dah tgk gossip erra ni... susah nak pcaya dah... ye lah klu dah dpt yg high class, sape yg xnak...