Perjanjian Syaitan

KUALA LUMPUR: Sindiket ceti haram atau along kini tergamak memaksa wanita yang ingin berhutang menandatangani `perjanjian syaitan’ untuk menggadaikan tubuh dan menjadi pelacur sebagai kaedah terbaru melangsaikan hutang.

Untuk berlaku `adil’, lelaki yang berhutang pula diarah menandatangani perjanjian menyerahkan isteri, anak perempuan atau adik beradik wanita sebagai cagaran yang kemudian dipaksa melacurkan diri sebagai syarat tambahan jika gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kaedah pembayaran hutang versi terbaru itu ditawarkan along kepada mangsa kesempitan yang tidak mempunyai cara lain bagi mendapatkan wang dengan mudah dan cepat.

Mangsa wanita dikehendaki mencagarkan badan mereka kepada sindiket along terbabit untuk diperdagangkan sebagai pelacur dalam tempoh ditetapkan sebelum hutang berkenaan dianggap langsai sepenuhnya.

Perkara ini terbongkar apabila seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Robina, 27, tampil membuat aduan selepas dipaksa along menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) akibat gagal melangsaikan hutang.



Mangsa yang berasal dari ibu kota mendakwa, `mimpi ngeri’ dalam hidupnya itu bermula awal tahun ini selepas dia meminjam RM30,000 daripada along untuk dijadikan modal memulakan perniagaan butik.

“Selepas gagal mendapatkan pinjaman daripada bank, saya mengambil keputusan menghubungi along sebelum berjaya mendapat pinjaman RM25,000 dalam tempoh sehari selepas permohonan.

“Dua minggu selepas itu, along terbabit datang melawat salun saya untuk memungut hutang,” katanya.

Robina yang masih bujang berkata, dia terpaksa membayar RM1,000 seminggu tidak termasuk faedah pinjaman sebanyak 20 peratus.

“Pada bulan ketiga, saya gagal membayar ansuran hutang tapi anehnya along terbabit langsung tidak menunjukkan sikap marah, sebaliknya sering mengajak saya duduk berbincang selain berpura-pura simpati dengan nasib saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Menurutnya, detik mengejutkan muncul apabila seorang daripada along terbabit yang dikenali sebagai Ah Weng, mencadangkan supaya dia membayar hutang dengan tubuhnya.

“Ah Weng beri tawaran semua hutang boleh dilangsaikan jika saya sanggup menjadi pelacuran sambilan atau GRO di kelab malam yang akan ditentukan mereka.

“Jika bersetuju, saya akan dibayar gaji RM5,000 sebulan yang kemudian boleh digunakan untuk membayar hutang selain potongan untuk kadar `bunga’ terbabit,” katanya.

Robina yang ditemui ketika membuat aduan kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George, berkata dia terkejut apabila along terbabit mendakwa mempunyai rangkaian sindiket di serata dunia dan peminjam boleh memilih untuk `berkhidmat’ di Hong Kong, Taiwan, Jepun, Dubai atau Singapura.

Selepas diugut dan diancam, dia akhirnya bersetuju menjadi GRO di sebuah pusat hiburan terkemuka dan turut memberi perkhidmatan seks kepada pengunjung.



Namun, dia mula mengesyaki diperdaya apabila jumlah hutangnya tidak pernah susut, malah kian bertambah dari semasa ke semasa selepas `berkhidmat’ selama beberapa bulan.

“Yakin diri saya dieksploitasi untuk keuntungan sindiket, saya mengambil keputusan melarikan diri daripada cengkaman along kerana berasakan maruah diri tergadai hanya kerana wang,” katanya yang kini bersembunyi di rumah rakan kerana bimbang terus dijejaki along yang mengheretnya ke lembah pelacuran.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Katna, 38, berkata nasib sama menimpa dirinya selepas membuat pinjaman dengan along sebagai suntikan modal untuk meneruskan perniagaan syarikat kejuruteraannya bagi mengelak diisytihar mufl
Align Centeris.

“Saya memerlukan wang bagi membiayai yuran pengajian anak gadis berusia 18 tahun yang ditawarkan tempat di sebuah universiti di Singapura.

“Kerana tak mempunyai banyak pilihan, saya bertanya seorang along untuk berhutang RM80,000 dan bertambah teruja apabila ceti haram itu menawarkan RM100,000 jika saya membawa dokumen syarikat, surat tawaran universiti dan pelbagai maklumat lain,” katanya.



Bagaimanapun, dia terkejut apabila along terbabit mencadangkan anak perempuannya dijadikan pelacur sambilan di Singapura sebagai cara melangsaikan hutang sebaik gambar gadis berkenaan ditunjukkan.

“Along itu beritahu anak saya hanya perlu menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan di hotel ternama di Singapura manakala urusan mencari pelanggan diserahkan kepada ahli sindiket.

“Saya berang dengan tawaran itu tetapi dipujuk supaya memikirkannya terlebih dahulu. Dia mendakwa ramai pelajar Malaysia di luar negara melakukan kerja sampingan itu yang turut menawarkan pendapatan lumayan,” katanya.

Kata Katna, dia tidak teragak-agak menolak tawaran along terbabit kerana memikirkan maruah keluarganya lebih utama.









No comments: