Amuk Kerana Rajinikanth
KLANG: Geram dengan tindakan pengurusan sebuah panggung wayang di Jalan Cox di sini, menghentikan tayangan filem, ‘Sivaji The Boss’ sekerat jalan hampir 800 penonton merusuh, tengah malam kelmarin dengan menyembur alat pemadam api, merosakkan kerusi serta membaling mercun ke dalam panggung.
Bagaimanapun, keganasan penonton itu dapat dipulihkan selepas 40 ‘hero’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang tiba menghulurkan bantuan kepada pemilik panggung wayang itu.
Penonton terbabit mengamuk selepas tayangan filem dibintangi pelakon Tamil terkenal, Rajinikanth, yang ditunggu-tunggu sejak berbulan lalu itu, hanya berlangsung kira-kira sejam sebelum dihentikan kira-kira jam 12 tengah malam akibat masalah teknikal.
Pengurus panggung, N Kalatharan, 48, berkata filem itu pada asalnya dijadualkan ditayangkan jam 9 malam, tetapi ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam akibat gangguan teknikal.
“Selepas kira-kira sejam ditayangkan, masalah teknikal berlaku sekali lagi memaksa kami menghentikan tayangan filem kerana ia tidak boleh membaikinya dalam waktu singkat.
“Kami membuat pengumuman kepada penonton dan menawarkan untuk memulangkan semula wang tiket kepada mereka,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, sebahagian besar penonton yang menyaksikan lakonan mantap Rajinikanth terus berang sebelum ada yang cuba menjadi hero filem terbabit dengan membuat pelbagai aksi luar jangkaan.
Penonton mula membuat bising dan pada masa sama, ada yang merusuh selain memaksa pengurusan meneruskan tayangan.
“Sebahagian besar penonton filem itu remaja dan mereka mula menunjukkan lagak aksi filem dengan merosakkan pelbagai kelengkapan dalam panggung.
“Keadaan mula kecoh dan kami membuka pintu kecemasan di belakang pentas bagi memudahkan wanita, kanak-kanak serta orang tua keluar,” katanya.
Sebahagian penonton yang merusuh sanggup menerima tawaran pemulangan wang tiket, tetapi mendesak pengurusan memberikan tiga kali ganda daripada jumlah sebenar.
Bagaimanapun, pengurusan panggung tidak dapat berbuat demikian dan hanya sanggup mengembalikan harga setara dengan tiket dibeli.
Sumber : Harian Metro Edisi 16-06-2007
Kata Izalsyah; "Tu ler. Sape suro banyak sangat tengok aksi Rajinikanth! Kan dah terpengaruh tu!" Ahaks!

No comments:
Post a Comment