Pesta Dadah Mat Arab

KUALA LUMPUR: Mereka anak orang kenamaan asing yang melanjutkan pengajian di negara ini dan kesempatan bertemu sesama sendiri digunakan untuk menganjurkan pesta dadah dengan menghidangkan pelbagai ‘juadah’ istimewa termasuk rokok ganja, syabu serta dadah psikotropik jenis ice untuk dinikmati bersama.

Lebih memeranjatkan, kumpulan 10 pelajar dari Timur Tengah itu termasuk anak kerabat diraja, menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menganjurkan pesta liar itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sumber polis berkata, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menyerbu sebuah rumah di Gurney Height di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, serbuan dilakukan selepas seorang lelaki warga Libya membuat laporan polis mendakwa dipukul rakannya yang mendiami rumah terbabit.

“Difahamkan, mangsa yang juga seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan tinggal berhampiran, mendakwa dipukul suspek yang ketika itu dalam keadaan mabuk.



“Berdasarkan laporan dan maklumat itu, polis segera menjalankan siasatan terhadap rumah yang diduduki suspek sekitar jam 12 tengah malam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebaik memasuki rumah berkenaan, polis terkejut apabila mendapati kediaman mewah itu dipenuhi asap rokok dan ganja yang dihisap pelajar terbabit.

“Siasatan mendapati 10 pelajar Timur Tengah berfoya-foya dalam rumah terbabit. Mereka tidak sekadar menghisap ganja, syabu dan ice, malah turut menyediakan minuman keras sebagai hidangan tambahan.

“Keadaan rumah terbabit persis kelab dadah dengan kebanyakan penghuninya di bawah pengaruh dadah dan alkohol,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan polis kemudian menemui satu kotak rokok berisi ganja, pelbagai pil syabu dan ice yang disimpan dalam rumah terbabit.



“Seramai 10 pelajar IPT yang semuanya berasal dari Timur Tengah ditahan polis sebelum diarahkan menjalani ujian air kencing. Bagaimanapun, hanya sembilan daripada mereka yang kebanyakannya berusia 20-an, positif dadah manakala seorang lagi, iaitu anak kerabat diraja, didapati negatif.

“Ada kemungkinan penuntut dari keluarga diraja itu tersalah memilih kawan dan bergaul dengan rakan yang menagih dadah serta alkohol.

“Anak kerabat diraja itu sudah dibebaskan manakala sembilan rakannya ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kumpulan pelajar terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.





No comments: