Norton 360

SYMANTEC Corp (Symantec), memperkenalkan produk penyelesaian komprehensif teknologi antivirus, Norton 360 yang dilengkapi dengan ‘anti-spyware’, firewall, anti-phishing, salinan sandaran dan penambah baik bagi mengurangkan risiko serta ancaman yang diterima daripada penceroboh sistem rangkaian komputer atau virus.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penyediaan produk seumpamanya dapat mengurangkan keperluan untuk membeli, memiliki dan menguruskan pelbagai produk perlindungan bagi satu sistem komputer. Ia berperanan untuk melakukan aktiviti diagnosis dan memperbaiki masalah komputer biasa, seterusnya meningkatkan prestasi serta kelajuan komputer peribadi pemilik.

Pengarah Kanan Pengguna serta Perusahaan Kecil dan Sederhana Asia Pasifik dan Jepun Symantec, David Freer, berkata penggunaan Norton 360 itu mampu mengembalikan keyakinan pengguna bagi melakukan urus niaga dalam talian.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Ia direka dengan kemampuan untuk beroperasi secara automatik, hasil pengenalan perlindungan komprehensif walaupun tugasan sedang dilaksanakan pada latar belakang sistem pengguna.

“Produk itu akan dapat membantu dan meningkatkan keyakinan pengguna Internet menerusi teknologi bersepadu dalam menyediakan perlindungan maksimum,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, Norton 360 dihasilkan berasaskan pendekatan menghasilkan produk yang mampu beroperasi secara automatik, dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan berkemampuan menyediakan prestasi penyampaian bertenaga.

Norton 360 menawarkan perlindungan untuk lima kategori iaitu keselamatan komputer peribadi (pc), keselamatan urus niaga, salinan sandaran serta pemulihan, menambah baik komputer peribadi dan sokongan bersepadu.

Bagi keselamatan komputer peribadi, Norton 360 mempunyai ciri perlindungan yang mampu menangkis ancaman dan risiko dalam talian seperti virus, ‘spyware’ dan penceroboh sistem rangkaian komputer, yang turut dilengkapi firewall, penilaian kepada sistem mudah terdedah dan pengesanan rangkaian.



Untuk aspek keselamatan urus niaga pula, penyelesaian semua dalam satu menyediakan perlindungan daripada anti-phishing dengan memanfaatkan pengguna yang sering membuat pembelian Internet, aktiviti perbankan dan pengurusan internet apabila ia melindungi identiti dalam talian pemilik.

Malah, ia dilengkapi ciri mengesahkan ketulenan laman web yang sering diserang phishing.

Pelaksanaan aktiviti salinan sandaran serta pemulihan, berkeupayaan melakukan salinan sandaran dalam talian menerusi akaun Norton pengguna termasuk inkripsi ketika fail dipindahkan dan pada pelayan storan.

Manakala, proses menambah baik komputer peribadi akan mengenal pasti dan membuang kandungan berselerak seperti fail sementara Windows, fail sementara Internet dan sejarah fail Internet.

Ciri sokongan bersepadu pula berperanan untuk menyelesaikan isu biasa, diagnosis komputer secara automatik dan memberi panduan kepada pengguna bagi menyelesaikan isu biasa menerusi telefon, perbualan siaran langsung serta emel.

Produk yang sudah berada di pasaran ditawarkan pada harga RM289 termasuk perkhidmatan langganan setahun yang dilengkapi dengan maklumat perlindungan Syamantec.



Sumber : Berita Harian Edisi 06-04-2007



Pesan Izalsyah; "Jangan cari yang pirate!"




No comments: