Notebook Sony Vaio
SONY (Malaysia) Sdn Bhd (Sony), melancarkan komputer notebook Sony Vaio terkininya, siri G dengan teknologi bertenaga yang disasarkan kepada golongan eksekutif.
Komputer notebook dengan rekaan berasaskan teknologi terkini itu mengetengahkan struktur binaan tahan lasak, tahap kekukuhan dua kali ganda dan 30 peratus lebih ringan berbanding aloi magnesium.
Sony Vaio siri G (Vaio siri G) yang turut dikenali sebagai VGN G118GN/B itu dihasilkan menggunakan struktur karbon tiga permukaan dengan menggabungkan penggunaan bahan karbon pelbagai lapisan pada asas serta penutupnya dan acuan karbon untuk bahagian merehatkan telapak tangan.
Penghasilan komputer notebook siri G itu menekankan terhadap ciri ringan dan kuat menerusi rekaan ‘Polygonal’ untuk kemudahan memegangnya.
Malah, pada saiz paparan 4.4 milimeter (mm), skrin LCD 0.2mm dan reka bentuk yang rata; menjadikan komputer notebook model terkini Sony Vaio itu mudah untuk disimpan dalam beg.
Bertepatan dengan penghasilan produk yang disasarkan kepada segmen pengguna eksekutif, Vaio siri G itu mampu menepati keperluan pemiliknya yang sentiasa bergerak bagi urusan perniagaan.
Baterinya mampu bertahan sehingga 11 jam 30 minit ketika digunakan, di samping memastikan kuasa komputer notebook itu dikekalkan bagi tempoh perjalanan yang lama.
Dari segi keselamatan, Vaio siri G itu dilengkapi teknologi pengimbas jari menerusi alat pengesan cap jari bagi membolehkan pemiliknya mengakses BIOS, pemacu cakera keras dan daftar masuk Windows tanpa menggunakan kata laluan.
Cip keselamatan ‘Modul Platform Boleh Dipercayai’ (TPM) yang dilengkapkan pada komputer notebook itu dapat mengelakkan aktiviti mendapatkan semula maklumat daripada data yang dicuri dengan menyimpan data sensitif seperti kata laluan dan kekunci inkripsi pada cip itu sendiri.
Lebih unik lagi apabila Vaio siri G adalah model pertama dalam rangkaian komputer Sony Vaio yang menggunakan papan kekunci cetakan laser bagi memastikan karektor pada kekunci atasnya boleh dilihat dan mengelakkan kemungkinan ia hilang.
Komputer notebook itu beroperasi dengan menggunakan platform teknologi Intel Centrino Mobile pada prosesor Solo Teras Intel U1500, 1.33 Gigahertz (GHz) dan 1 Gigabait (Gb) DDR2 SDRAM.
Sementara itu, pada majlis pelancaran komputer notebook itu, Sony turut memperkenalkan dua model baru bagi Vaio siri C menerusi VGN C25G dan VGN C22GH/B yang disasarkan khusus untuk pengguna bagi segmen remaja.
Bagi model VGN C25G, ia didatangkan dengan warna biru manakala bagi VGN C22GH/B pula boleh didapati menerusi warna hitam serta putih.
Sony Vaio siri C yang sudah diperkenalkan sebelum ini turut ditampilkan dengan lima warna termasuk putih (VGN C25G/W), hitam (VGN C25G/B), kelabu (VGN C25G/H), hijau (VGN C25G/G) dan merah jambu (VGN C25G/P).
Harga yang ditawarkan bagi komputer notebook model VGN G118GN/B (siri G), VGN C25G (siri C) dan VGN C22GH/B (siri C) masing-masing adalah RM7,788, RM4,988 dan RM4,488.

Notebook Vaio siri G

SPESIFIKASI
Sony Vaio siri G (VGN G118GN/B)
Sony Vaio siri G (VGN G118GN/B)
Prosesor : Teknologi Intel Centrino Mobile, Prosesor Solo Teras Intel U1500, Intel PRO/Tanpa wayar 3945ABG sambungan network
Sistem Operasi : Windows Vista untuk perniagaan (versi bahasa Inggeris) dan pek bahasa Cina tradisional.

Sistem bus prosesor : 533 Megahertz (MHz)
Bus Memori : 533 MHz
Memori utama : 1 Gb DDR2 SDRAM
Cakera keras : 100 Gb ultra ATA/100, 4200rpm
Grafik : Intel Graphics Media Accelerator 950
Memori grafik : 224 Mb
Paparan : 12.1 inci (XGA 1024 x 768) paparan warna TFT
Dimensi : 277mm x 23.5mm-25.5mm x 215mm
Berat : 1.15 Kilogram
Sumber : Berita Harian Edisi 16-03-07

Kata Izalsyah; "Mampu beli desktop jerk"

No comments:
Post a Comment