Pendaki Bogel Diburu

10 Pendaki Bogel Jadi Buruan 

 photo 10-pendaki-bogel-gunung-kinabalu-sabah-diburu_zpsapnhkhz9.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 04-06-2015

KOTA KINABALU - Kesemua laluan keluar di negeri  ini terutamanya  di lapangan terbang dikawal ketat bagi mengesan 10 pendaki yang melakukan aksi berbogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu pada 31 Mei lalu. 

 photo bogel-di-south-peak-gunung-kinabalu-sabah-malaysia_zpsmzzf0dpa.jpg

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan bekata, tindakan itu dilakukan susulan pihaknya menerima 5 nama daripada 10 pendaki yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh tersebut. 

"Sebaik menerima maklumat dibekal pihak polis pada pukul 1 petang tadi (semalam), imigresen mengarahkan anggota dan pegawai mengetatkan kawalan di semua laluan keluar negeri ini terutama lapangan terbang bagi mengesan pendaki-pendaki terbabit."

"Sebaik pendaki-pendaki itu ditangkap, kita akan serah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Difahamkan 5 nama pendaki yang dikenal pasti membabitkan 4 lelaki dan seorang pendaki wanita. 

Daripada 4 pendaki lelaki melibatkan dua adik-beradik dari Kanada, Lindsey Petersen, 23 dan Danielle, 22, Dylan Thomas, 23, (Belanda) serta Stephen Pohlner, 28, (Jerman). 

Seorang pendaki perempuan pula dikenali sebagai Eleanor Hawrins, 23, berasal dari Belanda.

 photo Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan Wahid Khan-Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Ab_zpsy8scq2cr.jpg

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan yang melibatkan kepentingan awam. 

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Sesyen 209 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan orang ramai dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM400 setiap seorang. 

Dalam perkembangan sama, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamli Nais menjelaskan, pihaknya telah meminta surat tunjuk sebab daripada malim gunung yang terlibat mengiringi kumpulan pendaki tersebut kerana kegagalan melaporkan insiden itu dengan segera kepada pihak Taman-Taman Sabah.

"Semua malim gunung juga diarahkan untuk memasukkan dalam taklimat pendakian mereka mengenai larangan berkelakuan tidak senonoh di Gunung Kinabalu dan papan tanda pemberitahuan mengenai larangan itu juga diletakkan di Gunung Kinabalu," katanya. 

Malim gunung atau pemandu pelancong adalah individu dipertanggungjawabkan membawa setiap pendaki ketika mendaki Gunung Kinabalu. 

Terdapat kira-kira 246 malim lelaki dan 10 malim wanita yang bertugas bagi memudahkan purata 150 pendaki dalam sehari untuk mendaki Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter.

Muka depan Kosmo! semalam melaporkan mengenai tindakan biadap 10 daripada 27 pendaki yang beraksi bogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu selepas berasa teruja setelah berjaya menawan gunung tersebut.


 photo 10-pendaki-bogel-gunung-kinabalu-sabah-diburu-2_zpsefvwk6yx.jpg

Tindakan itu mendatangkan kemarahan penduduk setempat terutama kaum Kadazan Dusun berikutan gunung itu dianggap tempat suci meenjadi persemadian roh-roh nenek moyang kaum berkenaan.

Sumber : Kosmo! Edisi 04-06-2015 bersamaan 17 Syaaban 1436H

No comments: