Telefon bimbit Levi’s
SELEPAS ratu dunia fesyen PRADA berjinak-jinak dalam dunia gajet telefon bimbit, kini giliran si raja pula iaitu Levis Strauss bakal memeriahkan persaingan produk itu.
Tanpa sebarang publisiti sebaliknya bergerak dengan strategi yang cukup rahsia, jenama yang sinonim dengan pakaian jean dan denim itu membuat kejutan baru-baru ini apabila memperkenalkan rangkaian telefon bimbit jenama mereka.
Dibangunkan di bawah lesen ModeLabs Group yang berpusat di Paris, telefon bimbit Levi’s ini sarat dengan kelebihan gaya hidup masa kini seperti yang diperlihatkan menerusi kepakaran rekaan fesyen denim Levi’s.
Nuansa seni jelas terpancar pada lima model telefon bimbit Levi’s ini yang dibina menggunakan material stainless-steel dengan paduan bahan denim berlatar hitam, perak, dan coklat muda.
Untuk edisi Shiny Silver dan Shiny Sand pula, binaan badannya menggunakan material berkilat sepenuhnya seperti sebuah cermin sehingga membolehkan pemiliknya melihat wajah sendiri.
Biarpun tidak dilengkapkan dengan teknologi telefon bimbit yang canggih, namun gajet Levi’s ini turut mempunyai kamera dengan resolusi 2.0 megapiksel sebagai pelengkap gaya.
Memori terbina dalamnya juga agak terhad iaitu hanya 40MB namun didatangkan dengan slot memori sokongan MikroSD selain turut menyokong kepada fungsi pemain MP3 dan video.
Selain kelebihan itu, tidak banyak yang diperkatakan mengenai gajet Levi’s ini sekali gus membayangkan maksud syarikat ini yang menurut penganalisis, tidak berhasrat untuk muncul sebagai pesaing kuasa besar dalam industri telefon bimbit.
Namun ramai juga yang beranggapan, pelancaran produk Levi’s ini merupakan salam perkenalan syarikat yang berusia lebih satu abad itu yang mahu menguji pasaran sebelum mereka benar-benar serius menceburkan diri dalam segmen produk berkenaan.
Bagaimanapun penjelasan Timbalan Presiden Kanan Levi’s, You Nguyen terhadap spekulasi yang pantas tersebar itu merungkai hasrat sebenar syarikat berkenaan memperkenalkan jenama telefon bimbit sendiri.
Menurut Nguyen, sebagai peneraju yang menghubungkan fesyen dan teknologi, Levi’s terlalu bersemangat untuk mencipta sebuah aksesori yang menggabungkan idea nan estetika yang sesuai dan digemari pengguna.
“Rangkaian telefon bimbit Levi’s ini dan aksesorinya merupakan cerminan nilai daripada sebuah inovasi, reka cipta, kualiti dan nilai sebuah usaha. Teknologi dan pakaian adalah fokus utama yang akan terus ditekankan oleh Levi’s,” ujar Nguyen penuh bermakna.
Gajet Levi’s ini bagaimanapun bukanlah gabungan fesyen dan teknologi yang pertama pernah dibangunkan oleh syarikat berkenan kerana pada 2002, mereka pernah memperkenalkan jean yang diperbuat daripada bahan radiasi yang bertindak melindungi pengguna ketika menyelitkan telefon bimbit di dalam poket baju atau seluar.
Namun di sebalik keterujaan pengguna yang dilaporkan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan telefon bimbit Levis ini yang akan dilancarkan pada bila-bila masa dalam bulan ini, ia tidak dapat mengelak daripada beberapa komen yang agak negatif.
Antaranya rasa terkilan pengguna yang berharap gajet Levi’s ini turut menyelitkan penggunaan denim pada bahagian-bahagian tertentu dan bukan sepenuhnya menggunakan material stainless-steel.
Bagaimanapun gajet yang belum diumumkan harga jualannya ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencuri perhatian pengguna di seluruh dunia apatah lagi ia turut membawa prestij unggul jenamanya menerusi ukiran eksklusif Levis Strauss di bahagian belakangnya.
Sumber : Mingguan Malayasia Edisi 16-09-2007 bersamaan 4 Ramadan 1428H
Kata Izalsyah; "Untuk nampak hemsem bergaye di arie raye, kene beli henpon nie!" aHASKS!

No comments:
Post a Comment