Bob Azrai Bagai Mimpi Jadi Bapa

SEHARI selepas kelahiran Khyra Mia Chinta pada 1 September lalu, Bob Azrai atau nama sebenarnya, Azrai Kamaruddin, 39, masih tidak percaya dia kini bergelar bapa hasil perkahwinannya dengan Siti Khalizah Alihan, 19.

Bagaimanapun, selepas Khalizah dan bayi mereka dibenarkan keluar dari Hospital Ampang Puteri (HAP), Ampang, barulah Bob dapat merasai tanggungjawabnya semakin bertambah. Tidurnya yang lena selama ini sudah tidak seenak dulu apabila setiap tiga jam sekali terpaksa bangun membuat susu Khyra.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Saya menemani Khalizah di bilik bersalin pada 31 Ogos lalu sehinggalah selamat melahirkan Khyra pada pagi 1 September.

“Selepas saya mengiqamatkan Khyra, masih belum terasa saya sudah menjadi bapa. Tetapi selepas balik ke rumah dan saya terjaga jam 3 pagi mendengar tangisan Khyra yang ingin menyusu, barulah saya tersedar sudah ada anak.

“Sekarang kalau dapat tidur tiga jam pun sudah kira cukup baik. Kasihan juga membiarkan Khalizah menjaga anak sendirian. Kalau sepanjang siang dia menjaga Khyra, jadi pada sebelah malam biarlah dia berehat pula.



“Saya juga sudah pandai menukar lampin pakai buang Khyra. Selama 39 tahun menunggu, akhirnya saya bergelar bapa juga,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Ampang.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2006. Ini adalah perkahwinan kedua Bob selepas perkahwinan pertamanya dengan dramatis Aida Aris menemui kegagalan.

Kata Bob, pada awal kehamilan Khalizah, isterinya itu mengalami alahan teruk dan hilang selera makan.

“Ketika hamil, kami jarang keluar berjalan-jalan kerana Khalizah alah. Sejak hamil sehingga kandungannya cukup bulan, berat badannya cuma naik tujuh kilogram.

“Menurut jangkaan doktor, Khalizah sepatutnya bersalin 22 September ini tetapi dengan keadaan kesihatan Khalizah yang tidak mengizinkan, doktor terpaksa mempercepatkan kelahiran Khyra kerana Khalizah menghadapi masalah kurang air ketuban dan bayi dalam kandungan pula sudah matang.



“Sepatutnya Khalizah masuk wad 5 September tetapi ketika kami pergi buat pemeriksan di HAP pada 31 Ogos, pintu rahim Khalizah sudah terbuka 1.5 sentimeter dan dia terus ditahan di wad.

“Khalizah diberi ubat mempercepatkan proses bersalin dan Khyra selamat dilahirkan cara biasa, jam 3 pagi dengan berat 3 kilogram. Alhamdulillah, Khalizah dan anak selamat,” katanya.

Sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran Khyra, Bob mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul di rumah ibunya pada 7 September lalu iaitu genap seminggu usia Khyra.

Selain kata Bob, selain berdebar menanti kelahiran Khyra, dia juga berhadapan dengan masalah kesihatan. Katanya, beberapa hari sebelum Khyra lahir, dia menjalani pembedahan membuang hempedu kerana terdapat batu karang di dalamnya.

“Hempedu itu tidak dapat diselamatkan dan dengan ketiadaan hempedu itu, saya terpaksa berhati-hati memilih makanan. Saya tidak boleh makan hidangan yang berlemak dan berminyak kerana tanpa hempedu, makanan berlemak tidak boleh diproses.

Pakej Web Jualan

“Mujurlah sejak dulu saya tidak suka makanan berlemak, cukup sekadar sayur kukus. Kalau ikan pula, saya suka ikan talapia merah atau ikan kerapu kukus. Saya juga tidak berapa gemar makan nasi.

“Sekarang keadaan saya beransur sembuh dan dapat cuti sakit dua minggu. Allah itu Maha Kaya, Khyra pula dilahirkan dan tidak perlulah saya minta cuti lagi untuk menjaga Khalizah dan Khyra.

“Saya juga bersyukur tidak terhingga kerana selepas berkahwin, saya dapat kerja tetap di Astro sebagai produser,” katanya.

Bob Azrai merupakan oarang yang bertanggungjawab menerbitkan program Tom Tom Bak, Macam-Macam Aznil, Trek Selebriti dan program kanak-kanak untuk saluran baru Astro, Oasis.













No comments: