Blog Agungkan Ashaari Muhammad
PETALING JAYA: Tidak cukup buku diberi percuma, termasuk kepada Menteri Besar Selangor, bahan bacaan yang mengagung-agungkan Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan al-Arqam yang diharamkan sejak 1994, kini tersebar melalui blog pula.
Minggu lalu buku bertajuk Abuya Hj Ashaari Muhammad Adalah Putera Bani Tamim dilaporkan diedar percuma kepada orang ramai, termasuk di balai polis, pejabat kerajaan dan kepada Datuk Seri Mohd Khir Toyo sendiri.
Pengerusi jawatankuasa tetap hal-ehwal agama Selangor Datuk Abdul Rahman Palil, sewaktu melaporkan pengedaran buku tersebut kepada polis Khamis lepas, berkata kandungan buku itu amat berbahaya dan boleh menjejaskan akidah umat Islam dengan alasan ia mendakwa kononnya Ashaari kerap bertemu dengan Rasulullah dan Imam Mahadi dalam keadaan sedar.
Kandungan buku setebal 92 halaman susunan Mohd Nizamuddin Ashaari dan Laila Ahmad itu kini dipercayai dimuatkan pula di beberapa laman web, antaranya blog Putera Bani Tamim (http://puterabanitamim.blogspot.com) dan Muntazirun (http://muntazirun.wordpress.com)
Blog itu memuatkan tujuh bab, termasuklah 'Abuya Ashaari Muhammad Menepati Ciri-ciri Mujaddid' dan 'Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim'.
Dalam bab lima, Ashaari ditulis sebagai "selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah.
"Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara: (i) rasa hati yang kuat untuk bertindak, (ii) dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ, dan (iii) berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi.
"Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah."
Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan ini kerana bukan sahaja akidah mereka difatwakan sesat tetapi mereka juga sedang menyusun gerakan politik seperti dijelaskan dalam buku tersebut.
"Dalam buku itu, ada unsur-unsur ke arah membentuk daulah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Dalam bab empat 'Tugas dan Tanggungjawab Tentera Bani Tamim', penyokong gerakan ini dipanggil ikhwan, yang "bertaraf wali. Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.
"Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain membawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja. Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124,000 orang."
Dalam bab yang sama, ikhwan akan berusaha "membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah" yang akan menjadi contoh sehingga "masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.
"Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim."
Laman-laman web ini dipercayai dibangunkan awal bulan ini, kira-kira sebulan selepas buku tersebut dicetak.
Selain blog, buku itu yang berformatkan PDF disebarkan melalui laman web Pusat Motivasi Harmoni (www.motivasi-harmoni.com) yang beralamat di Country Homes, Rawang -- penempatan perkumpulan al-Rufaqa', yang pernah menimbulkan kontroversi hujung tahun lalu.
Menurut Abdul Rahman lagi, selain buku dan Internet, pengikut gerakan ini juga menyebarkan kempen mereka kepada masyarakat melalui SMS, antaranya dengan menggunakan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong.
mStar Online difahamkan pihak berwajib kini sedang memantau dengan rapi perkembangan kumpulan ini.
Lagi; Bekas Pengasas Al-Aqram Lesap, Pengikut Arqam Edar Buku Percuma Agungkan Ashaari & Buku Abuya Ashaari Antara 18 Yang Diharamkan
Sumber : mSTAR Online

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Agama Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil membuat laporan polis berhubung penyebaran buku yang dikatakan mengagung-agungkan Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan al-Arqam.
Kandungan buku setebal 92 halaman susunan Mohd Nizamuddin Ashaari dan Laila Ahmad itu kini dipercayai dimuatkan pula di beberapa laman web, antaranya blog Putera Bani Tamim (http://puterabanitamim.blogspot.com) dan Muntazirun (http://muntazirun.wordpress.com)
Blog itu memuatkan tujuh bab, termasuklah 'Abuya Ashaari Muhammad Menepati Ciri-ciri Mujaddid' dan 'Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim'.
Dalam bab lima, Ashaari ditulis sebagai "selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah.
"Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara: (i) rasa hati yang kuat untuk bertindak, (ii) dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ, dan (iii) berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi.
Blog Putera Bani Tamim (http://puterabanitamim.blogspot.com)
"Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah."
Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan ini kerana bukan sahaja akidah mereka difatwakan sesat tetapi mereka juga sedang menyusun gerakan politik seperti dijelaskan dalam buku tersebut.
"Dalam buku itu, ada unsur-unsur ke arah membentuk daulah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Dalam bab empat 'Tugas dan Tanggungjawab Tentera Bani Tamim', penyokong gerakan ini dipanggil ikhwan, yang "bertaraf wali. Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.
"Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain membawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja. Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124,000 orang."
Blog Muntazirun (http://muntazirun.wordpress.com)
Dalam bab yang sama, ikhwan akan berusaha "membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah" yang akan menjadi contoh sehingga "masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.
"Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim."
Laman-laman web ini dipercayai dibangunkan awal bulan ini, kira-kira sebulan selepas buku tersebut dicetak.
Selain blog, buku itu yang berformatkan PDF disebarkan melalui laman web Pusat Motivasi Harmoni (www.motivasi-harmoni.com) yang beralamat di Country Homes, Rawang -- penempatan perkumpulan al-Rufaqa', yang pernah menimbulkan kontroversi hujung tahun lalu.
Menurut Abdul Rahman lagi, selain buku dan Internet, pengikut gerakan ini juga menyebarkan kempen mereka kepada masyarakat melalui SMS, antaranya dengan menggunakan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong.
mStar Online difahamkan pihak berwajib kini sedang memantau dengan rapi perkembangan kumpulan ini.
Lagi; Bekas Pengasas Al-Aqram Lesap, Pengikut Arqam Edar Buku Percuma Agungkan Ashaari & Buku Abuya Ashaari Antara 18 Yang Diharamkan
Sumber : mSTAR Online
No comments:
Post a Comment