Sony HDR-UX7E

GOLONGAN yang baru berjinak-jinak dengan dunia penggambaran pasti mengidamkan perakam video yang bukan saja mudah dibawa dan digunakan, tetapi juga mampu menghasilkan rakaman sehebat jurugambar profesional.

Bukan mudah untuk mendapatkan hasil rakaman yang sempurna, apatah lagi jika anda tidak pernah mendapat sebarang pendedahan formal mengenai teknik penggambaran yang betul.

Menyedari dilema ini, Sony memperkenalkan perakam video model HDR-UX7E yang mampu menghasilkan rakaman sempurna dengan definisi tinggi sama ada penggambaran dibuat pada waktu siang atau malam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
RAKAMAN video dan imej boleh dilakukan serentak.



Model yang baru diperkenalkan di pasaran tempatan kira-kira dua bulan lalu ini lebih ringan dan kecil berbanding model perakam video yang pernah dikeluarkan Sony sebelum ini.

Pertama kali diberi peluang menggunakan model ini, penulis tidak mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menggunakannya, walaupun amat jarang menggunakan perakam video.



Penulis mendapati penstabil imej optikal ‘Super SteadyShot’ model ini banyak membantu mendapatkan hasil rakaman dengan resolusi sehingga 6.1 megapiksel menghasilkan kualiti imej yang sempurna.

Pada masa sama, ia mampu mengurangkan kekaburan yang sering dikaitkan dengan rakaman menggunakan kamera digital.

Dibekalkan dengan format penstoran AVCHD DVD gambar definisi tinggi dalam cakera DVD tiga inci, model ini menggunakan teknologi dwi lapisan yang memudahkan anda melakukan rakaman dalam pelbagai situasi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
DILENGKAPI dengan format storan AVCHD DVD dalam cakera tiga inci.



Pada masa sama, model ini memanfaatkan generasi terkini teknologi bateri Sony H-Series InfoLITHIUM yang mampu memanjangkan tempoh rakaman sehingga mencecah lima jam tanpa henti.

Ia menawarkan fungsi dwi rakaman yang membolehkan rakaman video dan imej kekal dilakukan serentak, manakala fungsi rakaman perlahan mampu melakukan rakaman aksi berkelajuan tinggi pada kadar 200 kerangka gambar sesaat.



Cukup mengagumkan kerana model ini mampu merakamkan aksi perlumbaan Formula 1 dengan kemampuan memainkan semula rakaman yang telah dilakukan, justeru usah bimbang sekiranya anda mahu menonton kembali aksi-aksi mendebarkan sepanjang perlumbaan.

Model ini turut dilengkapi pemancar binaan dalam, iaitu ‘Active Interface Shoe’ rakaman imej kekal dan ‘Auto Lens Cover’ bagi melindungi lensa Carl Zeiss apabila tidak digunakan serta dilengkapi kad media Memory Stick Duo bagi menyimpan hasil rakaman imej kekal.

Model HDR-UX7E menawarkan kawalan hujung jari dengan pelbagai fungsi manual, justeru pilihan untuk melakukan fokus, pendedahan dan imbangan ruang boleh dilakukan melalui butang ‘Assignable Dial’ yang terletak berhampiran lensa.

Rakaman yang hebat pasti tidak lengkap tanpa hasil bunyi yang mantap, justeru model ini memiliki mikrofon binaan dalam yang mampu menghasilkan bunyi keliling Dolby Digital yang memberikan pengalaman bunyi seperti di panggung wayang.

Selain itu, panel kristal cecair (LCD) sesentuhnya menggunakan teknologi LCD foto jelas bagi menghasilkan spektrum warna yang lebih variasi dan meningkatkan kualiti kontras gambar berbanding skrin konvensional biasa.



Dalam ruang pencahayaan yang rendah, kualiti rakaman mampu ditingkatkan dengan fungsi pembukaan perlahan automatik yang meningkatkan prestasi iluminasi minimum secara automatik sehingga dua lux berbanding lima lux pada model yang ditawarkan Sony sebelum ini.

Model ini turut dilengkapi mod warna x.v. yang mampu menggandakan bilangan warna imej yang dirakam.

Teknologi yang dibangunkan Sony ini dilengkapi piawaian baru antarabangsa bagi menggandakan bilangan warna yang dihasilkan peranti, merangkumi hampir 100 peratus warna semula jadi yang mampu dikenal pasti mata manusia.

Ia menghasilkan warna merah, biru dan hijau yang mengatasi had ruang warna konvensional sRGB, selain menyokong hasil rakaman pada paparan televisyen atau peranti paparan yang menyokong piawaian terbabit.

Sekiranya mahu menonton semula rakaman di skrin yang lebih besar, anda boleh menghubungkannya kepada set televisyen melalui penyambung HDMI dan ia turut dilengkapi alat kawalan jauh bagi memudahkan anda membuat pilihan tontonan.

Ditawarkan pada harga kira-kira AS$950 (RM3,100), model ini berbaloi untuk dimiliki kerana keupayaannya untuk melakukan rakaman sama ada untuk tujuan peribadi atau rakaman profesional.





Spesifikasi Sony HDR-UX7E

Rakaman: AVCHD 1080i rakaman dalam cakera DVD

Lensa: Carl Zeiss Vario-Sonnar T

Pengesan: 1/2.9-inci ClearVid CMOS

Resolusi: 6.1 Megapiksel dalam mode rakaman imej kekal

Paparan: LCD 3.5 inci

Sistem Bunyi: Dolby Digital® 5.1ch





Lagi;


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Fail format DVD-R/-RW/+RW/+R DL

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket 10x Zoom Optikal / 20x Zoom Digital

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Penstabil Imej Optikal Super SteadyShot







Sumber : Berita Harian Edisi 30-06-2007



Tanya Izalsyah; "Ade sesape teringin nak beli ke?"





No comments: