Nabila Mahu Jadi Tauke Chalet

Ketika sesi fotografi bersama RAP baru-baru ini, Nabila berkata, kehidupannya sekarang sentiasa dipenuhi dengan komitmennya di lokasi setiap hari.

“Inilah kehidupan yang saya lalui sekarang. Ia menjadi rutin hidup saya sekarang. Bangun pagi, pergi kerja. Balik tidur, selepas kerja,” katanya.

Namun, Nabila mengakui kehidupan sekarang ini lebih menyeronokkan. Walaupun penat dengan bebanan kerja, namun keseronokan bekerja lebih dirasai lagi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nabila mengakui kehidupan sekarang ini lebih menyeronokkan.


“Setidak-tidaknya saya tahu saya punya famili besar sekarang. Sebab bila pergi shooting, saya pasti berjumpa ramai pelakon serta kru produksi.

“Setiap produksi pula mempunyai barisan pelakon serta kru yang berbeza. Secara tidak langsung, ia memberi peluang saya berjumpa dengan orang yang berbeza pada setiap masa,” katanya.



Pembabitannya yang semakin mendalam terhadap lakonan membuatkan dia semakin mencintai kerjaya seni ini.

“Entahlah...saya sendiri tidak tahu mengapa saya merasai seperti ini. Namun, makin lama saya berlakon, rasa macam sebati pula dengan apa yang saya lakukan.

“Rasa macam tidak boleh tinggalkan bidang ini. Kalau saya hendak buat kerja lain, mungkin ia berkaitan dengan bisnes chalet.

“Sebenarnya saya bercita-cita mahu membuka perusahaan chalet secara kecil-kecilan tapi mempunyai lokasi menarik serta rekaan unik.

“Kalau nak tahu, saya selalu bercuti ke pulau dan setiap kali ke sana saya selalu kritik chalet tempat saya menginap jika tidak menepati keinginan saya.



“Jadi, saya harus pastikan chalet yang saya impikan itu memenuhi impian saya. Misalnya, ia berwarna putih dan mempunyai bumbung bentuk V serta tangga kayu.

“Nampak ringkas tetapi menarik. Bila sudah ada chalet bolehlah saya duduk di pulau lama-lama. Saya memang suka pulau, boleh tengok pokok dan laut. Rasa tenang saja,” katanya.

Sebabkan itu, tidak hairanlah mengapa Nabila sering menghabiskan waktu terluang di pulau yang menjadi tarikannya.

“Dulu, kalau tiada penggambaran setiap bulan saya ke pulau. Kebetulan papa pun kaki pulau juga. Jadi, selalunya kami pergi bercuti sekeluarga.

“Namun, sekarang ini percutian ke pulau sudah terhad sebab saya terlalu sibuk dengan penggambaran.



“Sekarang saya tengah kumpul duit untuk pastikan saya impian mempunyai chalet jadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila mengakui hatinya sedang berdebar menanti maklum balas peminat terhadap lakonannya di dalam filem Cinta Yang Satu arahan Zulkifli M Osman.

“Terus-terang, saya belum berkesempatan menonton filem ini. Namun, daripada maklum balas diterima, rata-rata memuji lakonan saya dalam filem itu. Mereka kata lakonan saya bagus

“Malah, ada yang kata watak saya di dalam filem ini sangat kelakar dan sering membuatkan mereka tersenyum.

“Sebenarnya, kalau peminat hendak tahu itulah karektor sebenar saya. Sebab itu, saya tiada masalah membawakan watak sebagai adik Siti Elizad yang nakal serta gila-gila dalam filem itu.



“Kebetulan, saya sendiri memang ada keserasian dengan Ejad. Senang kata, memang seronoklah berlakon filem ini.

“Lagipun, ceritanya agak luar biasa juga. Walaupun ia berkaitan dengan cinta segi tiga, namun kisahnya agak berbeza dan 'endingnya' lain daripada lain.

“Seperkara lagi, inilah satu-satunya filem paling banyak menyerlahkan watak saya. Harap-harap penonton perasan dengan kehadiran saya di dalam filem ini,” katanya.

Walaupun banyak berlakon drama dan dua filem sebelum ini, Nabila berkata, ramai penonton belum mengingati watak dibawanya.

“Mungkin belum ada tuah saya membawakan watak yang mampu melekat di hati penonton. Mudah-mudahan, Cinta Yang Satu mengubah keadaan ini.

Pakej Web Jualan

“Begitu juga dengan filem Akhirat yang saya bintangi bersama Vanidah Imran, paling mencabar kemampuan saya sebagai pelakon.

“Dalam filem itu saya perlu membawakan banyak watak. Secara tidak langsung, saya perlu mengubah karakter, mood serta penghayatan.

“Walaupun ia sangat mencabar untuk dilakukan, namun saya suka dengan cabaran ini. Saya suka bila kena ambil tahu, kena bertanya dan kena buat `homework' dengan setiap watak serta karakter yang saya bawa.

“Kalaulah orang boleh menilai diri saya sedalam-dalamnya, mereka tahu saya ini mempunyai seribu satu macam reaksi. Saya juga kuat berimaginasi serta memerhati sikap orang. Mungkin, sebab itu saya gemar berlakon,” katanya.




Profil

NAMA KOMERSIL: Nabila

NAMA SEBENAR: Nabila Huda binti Suhaimi

USIA: 22 tahun

TARIKH LAHIR: 2 Disember 1984

TEMPAT LAHIR: Sentosa Medical Center, Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)

STATUS: Bujang



PROFESION: Pelakon dan Pengacara TV

PROGRAM TV: Interzone dan Konsert@1

TEATER: Nur Nilam Sari, Lorong Neraka dan Bangsawan Laksamana Bentan

DRAMA: Hampir 50. Antaranya Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi dan Cinta Dia

FILEM: Rock, Cinta Terakhir, Cinta Yang Satu dan Akhirat








Sumber : Harian Metro Edisi 25-07-2007





Kata Izalsyah; "Aku tokey, Aku kuli." Huhuhu.




No comments: