Desktop Buatan Sendiri

SEIRING perkembangan pesat industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kadar celik komputer di kalangan masyarakat turut menyaksikan peningkatan ketara. Kini, komputer peribadi (PC) bukan lagi menjadi barangan asing atau mewah, sebaliknya ia dimiliki sebahagian besar keluarga di negara ini.

Namun, peningkatan golongan celik IT turut mewujudkan permintaan yang pelbagai terhadap PC, apabila sebilangan mereka inginkan PC yang dapat memenuhi cita rasa tersendiri dan tidak lagi membeli peralatan berkenaan seperti yang ditawarkan oleh pembekalnya.

Malah, ada sebilangan pengguna yang ingin membeli komponen PC secara berasingan dan memasangnya sendiri, mengikut cita rasa dan spesifikasi yang diingini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bagi memenuhi cita rasa yang berubah itu, syarikat pengeluar rangkaian PC terkemuka dunia kini turut menawarkan pelbagai pakej menarik dengan menyediakan pilihan daripada segi perkakasan yang diingini.

Kaedah pemasangan bagi PC yang dibangunkan sendiri itu memerlukan anda untuk memasangnya dengan teliti bagi mengelakkan kerosakan pada perkakasan dalaman yang digunakan.



Malah, dengan memahami terminologi yang diketengahkan dalam dunia komputer, pengguna berpeluang untuk mengenali lebih mendalam penggunaan dan fungsi komponen asas serta perkakasan di dalam PC.

Untuk membangunkan PC sendiri, adalah disarankan agar pengguna membeli perkakasan yang lengkap sebelum aktiviti pemasangan dimulakan.

Bagi pengguna yang berminat untuk mencabar keupayaan minda mereka, aspek pemilihan perkakasan utama perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan gabungan antara komponen di dalam komputer itu mampu menghasilkan komputer berprestasi tinggi.

Antara senarai perkakasan yang diperlukan adalah kasing, papan induk (motherboard), prosesor, memori, kad grafik, kad bunyian, modem, pemacu floppy, pemacu cakera keras dan pemacu CD/DVD Rom

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara perkakasan penting yang dipelukan bagi membina PC sendiri.


Langkah pertama yang perlu dilakukan bagi membina PC sendiri adalah dengan memilih kasing (desktop) yang bersesuaian kerana ia boleh dianggap ‘rumah’ untuk menempatkan komponen lain.



Pastikan unit kasing itu didatangkan dengan unit bekalan tenaga (PSU) yang ditempatkan di bahagian belakang pc; dan sekiranya ia tidak dilengkapi PSU, anda perlu memasangnya secara manual.

Seterusnya papan induk yang digunakan hendaklah berkemampuan untuk menampung pemasangan perkakasan lain seperti prosesor, memori dan kad tambahan untuk pakej PC anda.

Apabila kasing PC yang dibangunkan sudah dilengkapi papan induk, seterusnya pemasangan unit pemprosesan pusat (CPU) atau turut dikenali sebagai ‘otak’ komputer boleh dilaksanakan.

Lebih laju prosesor yang digunakan akan mempengaruhi prestasi PC bagi pelaksanaan tugasan dengan lebih cekap.

Memori pula adalah cip silikon yang digunakan untuk menyimpan data komputer bagi kandungan sementara yang mungkin akan hilang sekiranya bekalan tenaga komputer ditutup.



Kapasiti memori yang tinggi di dalam sistem turut mendorong kemampuan PC anda untuk melakukan pelbagai aktiviti aplikasi dalam satu masa.

Perkakasan memori lain seperti pemacu cakera keras juga adalah antara komponen penting yang perlu dipasang pada sistem PC pengguna apabila ia berperanan untuk menyimpan data pemilik termasuk sistem operasi, aplikasi, fail dan dokumen pengguna.

Berbeza dengan komponen memori, pemacu cakera keras adalah sistem storan yang akan menyimpan kandungan yang disimpan di dalamnya walaupun PC ditutup.

Perkakasan atau komponen lain yang akan dipasang pada papan induk komputer termasuk kad grafik, kad bunyian, cakera floppy, pemacu CD-ROM/DVD ROM.

Pendekatan gajet yang diambil dalam edisi minggu ini bukan saja dapat membantu pengguna untuk membina PC sendiri tetapi ia boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pengguna baru yang mahu membeli komputer.



Syarikat pembekal dan pengeluar komputer antarabangsa tidak lagi hanya menawarkan komputer mengikuti spesifikasi yang dipasarkan mereka tetapi turut memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkakasan berdasarkan kehendak dan cita rasa masing-masing.

Ini berikutan pengguna PC terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pengguna yang memberikan penekanan terhadap faktor multimedia, penggunaan permainan elektronik secara intensif dan pengguna biasa secara amnya.




Harga Pasaran

Kasing (Desktop)
RM90 hingga RM1099

Pemacu cakera keras (Mengikut kapasiti storan)
RM140 hingga RM780

Pemacu CD ROM
RM65 hingga RM165

Prosesor
RM110 hingga RM3800

Kipas penyejuk prosesor
RM25 hingga RM270



Papan induk
RM165 hingga RM2699

Modul Memori
RM65 hingga RM1200

PSU
RM50 hingga RM399

Kad grafik
RM125 hingga RM2900

Modem (dalaman, luaran dan USB)
RM20 hingga RM1099



Kad bunyian
RM65 hingga RM1250

Mouse
RM25 hingga RM219

Papan kekunci (Keyboard)
RM39 hingga RM269

Monitor
RM215 hingga RM1070

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket harga yang ditetapkan adalah anggaran
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Sumber; lowyat.net








Sumber : Berita Harian Edisi 14-07-2007




Kata Izalsyah; "Teringin gak nak wat pc sendri." Ahaks!







No comments: