Dekati Juara AF5 Melalui Program Wazzup Mila?

KETIKA perjalanan karier nyanyiannya masih dalam kesamaran, sudah ada peranan baru yang menanti juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Norsyarmilla Jirin atau Mila.

Personalitinya yang ceria, mesra kamera dan bijak berinteraksi mengilhamkan Astro Ria untuk menghadirkan sebuah program realiti majalah, Wazzup Mila? dengan menampilkan juara wanita pertama AF itu sebagai pengacara.

Menemui penonton setiap Ahad jam 9 malam sejak semalam menerusi Astro Ria, gadis kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang dia menerima tawaran itu untuk mencabar dirinya mencuba sesuatu yang baru di samping mempelbagaikan kemampuan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
FOKUS: Mila dan Dafi diberi penerangan oleh Pengarah Apa Kata Hati, Saw Teong Hin di lokasi penggambaran Wazzup Mila?



“Mila bertuah kerana pihak produksi sedia berkompromi, mungkin mereka tahu Mila masih baru dalam bidang ini. Selepas beberapa kali mencuba, Mila menemui kepuasan kerana dapat mengendalikannya secara spontan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program itu, baru-baru ini.

Mengakui bidang pengacaraan tidak semudah yang disangkakan, Wazzup Mila? berlegar kepada perjalanan hidup cahaya mata pasangan Jirin Burhan dan Zurina Haron ini dalam meniti transformasi kehidupan daripada gadis biasa kepada anak seni.



Dirakamkan sebanyak empat episod dan berkemungkinan disambung jika mendapat sambutan menggalakkan, paparan aktiviti seharian yang dilaluinya akan membawa penonton untuk mendekati serta mengenali siapa Mila yang sebenar.

“Semua ini masih bagaikan mimpi dan pastinya Mila bersyukur kerana pihak Astro berbesar hati kerana menjadikan impian Mila sebagai satu kenyataan,” katanya.

Mila yang sedang popular dengan lagu Persis Mutiara ciptaan Ajai mengakui biarpun kini diburu kesibukan, dia tidak pernah menyesal memilih jalan kehidupannya ini.

Baginya dia perlu bekerja keras memandangkan bukan mudah untuk mempertahankan populariti yang dicipta sepanjang 10 minggu menyertai AF5.

“Setiap hari Mila mempelajari sesuatu yang baru. Apa yang menggembirakan Mila perjalanan karier seni turut didukung oleh mereka yang begitu menghargai bakat Mila. Mereka membantu Mila untuk lebih yakin menyusun perjalanan baru ini,” katanya.



Sebagai penghargaan terhadap peminatnya, Wazzup Mila? turut menganjurkan peraduan SMS Wazzup Mila? di mana penonton berpeluang memenangi percutian ditaja sepenuhnya ke Pulau Pinang termasuk tiket, penginapan dan makanan.

Percutian itu juga akan disertai Mila yang bakal membawa peminat bertuah mengunjungi lokasi menarik kegemarannya sebelum bergelar bintang.

“Secara tidak langsung program ini akan membawa peminat untuk lebih dekat dan mengenali siapa Mila yang sebenar,” katanya.






Sinopsis Wazzup Mila?

Episod 1:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MEMBAWA penonton mengikuti rakaman siaran langsung AC Di Sini dari Dataran Merdeka yang turut disertai Mila. Rakaman di balik tabir dna sesi sidang akhbar juga disiarkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket KREW Wazzup Mila? turut membawa penonton ke lokasi filem Apa Kata Hati di mana Mila membuat penampilan istimewa di samping Dafi. Ia percubaan pertama Mila sebagai pelakon.


Episod 2:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MILA menerima gaji pertama dan keluar membeli belah untuk keluarganya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket TURUT dipaparkan kepulangan Mila ke kampung halamannya untuk menghadiri majlis kesyukuran. Mila turut membawa teman rapatnya ke lokasi menarik di Pulau Pinang.




Episod 3:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MILA ke Sabah untuk menjayakan persembahan di Penampang dan Keningau. Dia turut mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi kediaman teman AF5, Ebi dan Candy.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket TURUT dipaparkan penampilan khas di pertunjukan Hotlink yang berlangsung di Jengka, Pahang.


Episod 4:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MEMAPARKAN Mila menjalani sesi latihan untuk rakaman iklan televisyen Boh serta persembahan amal yang berlangsung di Tanjung Piai, Johor.







Sumber : Berita Harian Edisi 02-07-2007



Kata Izalsyah; "KLIK KAT CINI kalo nak tengok koleksi konsert Mila mase dalam AF5 dulu."



No comments: