Gaya Diva Ala Ning Baizura

BIARLAH filem Diva nampak macam Hindustan sebab kena menari, menyanyi dan bergaya sakan di atas pentas dengan senyuman yang kelihatan seperti tidak ikhlas. Mungkin itulah sepatutnya cara seorang diva, yang dahagakan kemasyhuran, pujian dan sanjungan.

Itulah gambaran yang diberikan Ning Baizura, salah seorang pemegang watak utama dalam filem Diva arahan Sharad Sharan.

“Saya tidak kisah kalau filem ini dilabel sebagai filem dari Bollywood,” kata Ning Baizura mengenai filem Diva yang akan ditayangkan kepada umum pada 28 Jun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penyanyi yang baru menghabiskan rakaman suara untuk album terbaru di London itu mengakui filem Diva dianggap lebih baik daripada filem terakhir lakonannya sebelum ini, Lady Boss arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen kira-kira dua tahun lalu.

“Filem Diva nampak ringan, tetapi mencabar. Saya tidak ambil mudah dengan setiap babak dalam filem ini. Pengalaman dalam dunia seni memberi kelebihan kepada saya, terutama apabila perlu menyanyi dan berlakon.



“Cuma kena ambil masa sikit apabila kena menari. Tapi itupun kena buat dengan spontan kerana pengarah mahu semuanya dijalankan dengan cepat. Kasihan juga kepada orang baru yang turut berlakon dalam filem ini, terutama yang tidak ada pengalaman menyanyi dan menari,” katanya.

Jelas Ning, apa yang kurang menyenangkan sepanjang pembikinan filem Diva ialah apabila selalu kena menangis sehingga sampai kepada satu peringkat air matanya seperti sudah kering.

“Saya tidak mahu jadi ‘plastik’, menangis dibuat-buat walaupun hanya sekadar lakonan saja. Untuk babak yang memerlukan saya menangis, saya betul-betul menangis. Tapi yang jadi masalahnya, banyak pula babak yang mahukan saya menangis, rasa macam sudah habis air mata asyik nak menangis saja. Saya sampai dapat migrain pasal itu,” katanya.

Menurutnya, babak menangis itu menunjukkan di sebalik kehidupan seseorang bergelar diva yang kenyang dengan pujian dan sanjungan, realitinya mereka juga menghadapi hidup yang perit dan kebiasaannya tidak ditunjukkan atau diluah secara terbuka.

Filem ini mengisahkan Kartika ialah seorang diva popular dari Malaysia. Dia seorang yang berjaya, diminati jutaan peminat di tanah airnya. Di sebalik kejayaan gemilangnya, tersembunyi kisah sedih. Di mana sekalipun dia berada, peminatnya ingin meluangkan masa bersamanya.



Dalam situasi ini, Kartika hanya inginkan seseorang yang memahami isi hatinya iaitu ibunya yang tidak ingin bertemu mahupun berbicara dengannya sama sekali.

Selain Ning Baizura, pelakon lain dalam filem ini ialah Fauziah Nawi, AC Mizal, Adam AF2, Awal Ashaari dan Balkish selain turut menampilkan barisan pelakon drama dari Indonesia seperti Jeremy Thomas, Jessica, Shenny Andrea dan Donny Kusuma.

“Saya hanya diva dalam filem itu saja. Di luar filem saya bukan diva. Sebahagian daripada cerita dalam filem itu, memang realitinya saya pernah lalui,” kata Ning lagi.

“Tapi siapa pun kita, sekalipun seorang diva, dia tetap manusia biasa. Di pentas dia kelihatan bergemerlapan, nampak serba glamor tetapi tiada siapa yang tahu hatinya mungkin sedang menangis,” katanya lagi.

Filem Diva pernah tertangguh hampir setahun sepanjang pembikinannya. Sedikit sebanyak ia memberi masalah kepada pelakonnya, terutama dalam memastikan kesinambungan atau konti.



“Susah juga, terutama hendak menjaga badan supaya tidak ‘naik’ sebab dulu agak langsing. Mujurlah saya dapat kawal badan saya walaupun terasa macam naik juga,” kata Ning Baizura sambil ketawa.

Bagaimanapun, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai masalah penangguhan itu kerana ia adalah urusan penerbit filem Diva dan pengarahnya, Sharad Sharan.

“Memang lama juga filem ini tertangguh. Tumpuan saya tidak terjejas apabila filem ini disambung semula. Begitu juga dengan pelakon lain. Saya tidak boleh cakap kenapa ia tertangguh. Pengarahnya mungkin ada alasannya sendiri kenapa ditangguhkan,” jelasnya lagi.






Profil Ning Baizura

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Nama Sebenar: Ning Baizura Sheikh Hamzah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Lahir: 28 Jun 1975

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Asal: Kajang, Selangor

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Karier: Penyanyi & Pelakon

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Mula Aktif Menyanyi: 1992

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Genre Muzik: Pop, R&B dan Soul

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Album: Dekat Padamu (1993), Ning (1994), Teguh (1995), Ke Sayup Bintang (1995), Always (1997), Pujaan Ku (1999), Natural Woman (2001), Selagi Ada (2003), Erti Pertemuan (2004) dan, 3113 - Greatest Hits Compilation (2006)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Filem: Gemilang (1997), Maria Mariana 2 (1998), Bara (1999), Mimpi Moon (2000), Malaikat Di Jendela (filem pendek/2001); Lady Boss (2005), Diva (2007) dan Muallaf (2007)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Teater: The Storyteller arahan Jit Murat (1996)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Anugerah: Voice of Asia (1991); Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)(1993); Album Terbaik AIM - Dekat Padamu (1993); Album Pop Terbaik - Ning (1994); Penyanyi Wanita Pilihan Anugerah Era (2003); Lagu Terbaik AIM - Selagi Ada Cinta (2004); Kulit Album Terbaik AIM - Erti Pertemuan (2005); Video Muzik Terbaik AIM - Awan Yang Terpilu (2005); Lagu Terbaik AIM - Awan Yang Terpilu (2005); Album Pop Terbaik AIM - Erti Pertemuan (2005).








Sumber : Berita Harian Edisi 26-06-2007




Tanya Izalsyah; "Kalo pompuan kite kate 'Diva' kan. Lelaki nak panggil ape plak? 'Viva' ke? Viva??? Itu bukan name kete ke?" Wahahahahahaha!




No comments: