Fitnah Guris Hati Nana
JAUH dia merenung apabila pertanyaan mengenai rumah tangganya diajukan. Barangkali sudah habis jawapan yang ingin diberikan untuk meyakinkan semua pihak, istana cinta yang dibinanya bersama pelakon, Faizal Yusup lebih setahun lalu masih membunga bahagia.
Jujur kata Siti Nordiana Mohd Alias, dia sendiri keliru mengapa isu rumah tangganya tidak habis diperkatakan. Sejak dia mengikat tali pertunangan pada November 2005, disusuli lafaz ijab kabul yang mengesahkan hubungan mereka sebagai suami isteri pada 28 April 2006, ada saja yang tidak senang dengan hubungan mereka.
“Nana dan suami tidak tahu apa salah kami hingga tidak sudah-sudah cerita rumah tangga kami diperkatakan,” perlahan katanya ketika isu itu diajukan.
Suaranya yang pada awal perbualan ceria mula bertukar nada. Selepas diam beberapa ketika, barangkali cuba bertenang dan ingin mengawal perasaan, penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan kembali bersuara.
“Agaknya mereka hanya akan berpuas hati apabila kami bercerai,” katanya dalam nada tertahan.
Cuba mendamaikan perasaan yang bergolak, Siti Nordiana yang akrab membahasakan dirinya sebagai Nana berkata, ada ketika dia bertanya sendiri apa dosanya hingga kerap dijadikan sasaran pihak yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka.
Mungkin pada permulaan Nana tidak begitu mengambil pusing, malah menyifatkan gosip berkenaan sebagai lumrah kehidupan yang terpaksa ditempuhi apabila menikahi pelakon yang sedang meniti populariti itu.
Namun, apabila perkara itu terlalu kerap dipersoalkan sesekali hatinya terusik. Mujur kesabaran suaminya banyak membantu Nana bertenang.
“Siapa Nana untuk sakit hati kerana seboleh mungkin Nana tidak mahu berdendam dengan sesiapa. Orang boleh bercakap apa saja tetapi jangan terlampau hingga sanggup memperjudikan rumah tangga Nana yang baru setahun jagung dibina.
“Janganlah terus menyebarkan benda yang tidak betul itu. Orang kata itu doa. Mengapa tidak mereka doakan saja kebahagiaan kami berkekalan kerana Nana dan suami juga berhak untuk merasai kebahagiaan,” katanya.
Sambungnya lagi, setiap kali cerita rumah tangga mereka diperbualkan, dia dan suami akan duduk berbincang. Nana akur dia mendirikan kebahagiaan pada usia yang terlalu muda iaitu 22 tahun dan mungkin dugaan itu datang untuk menguji sejauh mana dia mampu bertahan.
Mujur juga kematangan suaminya membantu Nana untuk melalui semua dugaan itu walaupun jauh di sudut hati, dia cukup terguris dengan fitnah yang menghiris.
“Disebabkan hal ini ada ketika Nana seperti mahu mengelak daripada bertemu pihak media. Bila asyik ditanya wartawan perasaan Nana terganggu.
“Pernah pada satu peringkat Nana takut untuk bertemu wartawan. Harap janganlah Nana dan suami terus diasak dengan soalan begini. Berikan kami ruang untuk membina hidup sendiri,” katanya.
Kata Nana, pernah dia bertanya kepada dirinya apa lagi yang perlu mereka berdua lakukan untuk membuktikan rumah tangganya tidak bermasalah.
Apa perlu dia membawa suaminya ke semua acara yang disertai semata-mata kerana mahu menutup mulut mereka yang meragui kebahagiaan yang dinikmatinya?
Semua itu membuatkan Nana bingung sendiri kerana jujurnya, dia cuba membina sempadan antara kerjaya dan peribadi kerana Nana mempercayai keikhlasan suaminya.
“Suami Nana sibuk dengan karier lakonan dan ada masanya berminggu-minggu dia di luar daerah untuk menyempurnakan penggambaran. Mungkin kerana kami jarang bersama membuatkan tanggapan itu terbit.
“Sebetulnya Nana kurang selesa mencampuri urusan kariernya dan Faizal juga memberi kebebasan untuk Nana meneruskan kerjaya nyanyian," katanya.
TAHUN ini genap sedekad Nana membina nama dalam dunia hiburan. Sepuluh tahun yang menguji namun penyanyi berprofil rendah ini masih mampu mempertahankan popularitinya.
Cuma kemilau populariti yang kurang membias membuatkan nama Nana hanya berada pada setakat itu - tidak terlalu popular dan tidak juga tidak dikenali langsung.
Graf kerjaya seninya agak mendatar sedangkan artis baru yang hadir selepas kemunculannya sudah berlari jauh meninggalkan dirinya. Di mana silap Nana?
“Sukar untuk Nana memberikan jawapannya kerana Nana sendiri tidak tahu di mana salah dan silapnya. Cuma mungkin rezeki Nana belum sampai lagi,” katanya.
Pernah dilabel penyanyi kampung, Nana cuba mempelbagaikan kebolehan untuk membuktikan nyanyiannya juga mampu menambat hati peminat bandar.
Namun usaha itu kurang serasi membuatkan Nana terpaksa kembali kepada konsep asal albumnya.
Bukan tidak tersimpan perasaan cemburu di hatinya tetapi kata Nana, dia bangga menjadi dirinya sendiri. Biarpun dicela, biar dinista namun ada satu kenyataan yang tidak mungkin dapat dinafikan iaitu penjualan albumnya sentiasa mencatat angka memberangsangkan.
“Kerana itu Nana tidak kisah apa orang nak kata sebab lagu Nana juga ada pengikutnya sendiri,” katanya.
NANA dan suaminya berkenalan selepas menyertai pertandingan bowling yang dianjurkan sebuah majalah hiburan. Mereka mula berkenalan dan akhirnya membuahkan cinta hingga sepakat untuk hidup bersama pada 28 April 2006.
DIA mengenali Faizal selepas menonton aksi pelakon itu menerusi drama Surat Untuk Bulan dan Zarul vs Zarina. Daripada situ, terdetik di hati Nana untuk berkawan dengan jejaka itu.
MEREKA mula menyedari ada keserasian antara mereka berdua selepas dua kali keluar bersama. Selepas beberapa bulan serius sebagai kekasih, mereka mengikat tali pertunangan pada November 2005.
BIARPUN ada yang mempertikai keputusan yang diambilnya, malah Nana dilihat seperti terburu-buru untuk bernikah ketika namanya sedang meniti puncak, dia percaya kepada jodoh yang ditentukan Tuhan. Bagi Nana, setiap apa yang berlaku diatur Tuhan bersebab.
BAHANG dugaan mula menyinggah dalam kehidupan pasangan bahagia ini apabila rumah tangga mereka dikatakan berdepan masalah selepas beberapa bulan bernikah. Nana dan Faizal bagaimanapun menafikan. Namun, berita itu terus diperkatakan hingga membuatkan Nana lemas untuk memberikan jawapan.

'Rezeki belum sampai'

Lauk Tambah

Sumber : Berita Harian Edisi 30-06-2007
Kata Izalysh; "Bujang lagi. So tak tahu lagi rasenyer hidup berumah & bertangga." Ahaks!

No comments:
Post a Comment