Faizal Ismai & Fara Fauzana, Sihat Bergaya

KETIKA insan lain masih enak diulit mimpi, dua penyampai popular Hot FM AM Krew, Faizal Ismail dan Fara Fauzana Mohd Fadzil pula bergegas bangun membuat persediaan untuk memulakan tugas di konti radio.

Memulakan hari seawal jam 4 pagi, ada ketika tugasan mereka berlarutan hingga lewat petang terutama apabila diundang ke majlis rasmi atau memenuhi undangan fotografi bersama pihak media.

Semua itu menuntut stamina yang tinggi. Memang alah bisa tegal biasa, namun dua penyampai stesen radio terkenal Hot FM itu tidak pernah meminggirkan aspek kesihatan. Dengan kehidupan yang sentiasa dihambat waktu, mereka perlu sentiasa cergas apatah lagi tugasan menuntut dua nama ini untuk berdepan dengan orang ramai.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Faizal, Fara ajak warga kota sertai program jalan kaki lima kilometer Jacob’s Walk Of Life 24 Jun.



“Jadual kerjaya saya tidak menentu, bertambah sibuk jika terbabit dengan penggambaran drama. Kesibukan ini mempengaruhi tabiat dan cara pemakanan saya. Namun, apa juga makanan yang diambil saya pastikan ia memenuhi keperluan zat yang dikehendaki oleh tubuh untuk tampil cergas.

“Disebabkan menghidap gastrik, selalunya saya akan pastikan membawa bekalan makanan ringan untuk dijamah. Biasanya biskut jadi pilihan kerana mudah, ringkas dan senang dinikmati mana-mana. Lagipun agak sukar untuk menjamah makanan berat terutama di awal pagi,” kata Fara.



Sengaja penggambaran sesi fotografi ini dibuat di gimnasium di Balai Berita kerana dua nama itu bersama Azizah Ariffin dan dua personaliti 8TV, Owen Yap dan Lynn Lim bakal menjayakan program kesihatan kemasyarakatan, Jacob’s Walk Of Life di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini.

Bercerita mengenainya Fara berkata, dia dan Faizal cukup berbangga kerana menjadi pilihan Jacob’s dalam membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memilih jalan hidup sihat dengan menitikberatkan kesihatan fizikal dan pemakanan berkhasiat.

Untuk program yang bakal disertai lebih 2,000 orang itu, Fara dan Faizal akan berjalan sepanjang lima kilometer. Di samping itu mereka juga akan memberi panduan serta berkongsi maklumat dengan peminat dalam mempromosikan kehidupan yang sihat tanpa dibelenggu sebarang masalah kesihatan.

“Sememangnya saya seorang yang sangat mementingkan kesihatan. Jika tidak sibuk, saya akan pastikan diri melakukan senaman. Biasanya berenang atau bermain futsal menjadi pilihan kerana mudah serta menyeronokkan. Lebih bersemangat apabila dilakukan bersama dengan teman rapat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JAGA STAMINA: Faizal dan Fara mencuba mesin jalan kaki.



“Tetapi, jika keadaan tidak mengizinkan saya akan cuba mencuri masa untuk bersenam. Paling tidak seminggu sekali saya mesti berenang atau bermain futsal. Jika tidak melakukannya, saya rasa hidup ini seperti tidak lengkap,” kata pelakon utama sitkom Fara itu.



Andai dulu, awal pagi Fara akan ditemani dengan hidangan berat seperti nasi lemak dan roti canai, tetapi semua itu sudah lama ditinggalkannya. Minuman manis juga sudah tidak lagi dijamahnya. Sebaliknya, air suam menjadi pembasah tekak sebagai penghilang dahaga.

“Saya memang menjaga pemakanan supaya tidak timbul sebarang masalah menjelang acara itu nanti,” kata pemegang Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang perhubungan awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini.

Bersenam juga bukan perkara yang asing buat temannya di konti sejak lebih setahun lalu, Faizal. Sejak tiga tahun lalu, beriadah di gimnasium menjadi rutin kepada pengacara berusia 30 tahun ini. Dalam seminggu, paling kurang tiga kali dia akan bersenam di pusat kesihatan berdekatan tempat kerjanya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
BOLEH KE ? : Fara berkata sesuatu kepada Faizal.



Bukan kerana ingin membina otot yang pejal sebaliknya anak kelahiran Pulau Pinang itu mahu tampil bertenaga dan mantap bersesuaian dengan tuntutan jadual kerjayanya.

“Jika tidak bersenam badan akan lemah. Mahu atau tidak saya akan cari juga masa, biasanya latihan saya lebih tertumpu kepada senaman kardio untuk meningkatkan stamina. Kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup aktif, saya langsung tidak menolak apabila dipelawa Jacob’s menjayakan program amal ini,” katanya.



Gaya hidup aktif ini sudah lama diamalkan mereka berdua. Ketika menuntut di UiTM dulu, Fara dan Faizal begitu gemar menyertai acara merentas desa. Bukan kerana ingin mengejar pingat yang ditawarkan, sebaliknya seronok kerana dapat bersama teman rapat.

Sikap itu terus terbawa meskipun kini mereka sentiasa dihambat kesibukan. Di konti juga, pasangan penyampai yang bersikap ‘gila-gila’ ini tidak betah berdiam diri. Sementara menanti lagu selesai diputarkan, masa senggang itu ada ketikanya diisi dengan membuat regangan.

“Ia secara tidak langsung menghilangkan rasa mengantuk. Bayangkan seawal jam empat pagi kami sudah bangun untuk membuat persediaan ke studio. Jika tidak melakukan senaman ringan ini, sudah pasti mata akan cepat layu,” katanya.






Info Fara Fauzana;

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MEMULAKAN karier di Era, sebelum menyertai Hot FM pada 2006.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket POPULARITINYA sebagai pengacara menghadiahkan gadis berperwatakan ceria ini trofi Pengacara Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dua tahun berturut-turut iaitu pada 2005 dan 2006.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MENGACARAKAN program Melodi bersama Wahid dan berlakon dalam sitkom, Fara yang menemui penonton setiap Selasa di TV3.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket GEMAR bercuti di tepi pantai bersama teman rapat dan keluarga.





Info Faizal Ismail;

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket JUGA dikenali sebagai FBI. Dilahirkan di Kedah namun dibesarkan di Pulau Pinang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MEMEGANG Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam Penyiaran.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket PERNAH menghasilkan album bersama penyampai Radio Era, Khairil Rashid yang membentuk duo, Khafi. Mereka pernah dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan Di Dalam Album pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 14, April lalu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket DI waktu lapang, dia gemar melancong dan memancing adalah antara aktiviti paling disukainya.














No comments: