Dynas Mahu Hindari Virus Cemburu

RATU Susuk, Minah Plastik, Dynas Susuk dan pelbagai macam lagi gelaran mula terpalit kepada empunya diri, Dynas Mokhtar. Semuanya gara-gara dia membawa peranan Cinda wanita yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya mengamalkan ilmu hitam.

Dynas akui beruntung kerana menerusi Susuk, namanya mula meniti di bibir peminat, sekali gus menjadi perhatian ramai pengarah dan produser tempatan yang mula menaruh kepercayaan terhadap bakat lakonannya.

Namun apa yang pasti, Dynas hadir dalam dunia seni ini menerusi pakej lengkap yakni berbakat dan cantik. Realitinya, dia tidak pernah memakai apa-apa susuk atau sebarang suntikan saintifik.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dynas memegang watak Cinda di dalam drama seram 'Susuk'


“Sekarang orang dah panggil saya, Dynas Susuk. Tak mengapalah, yang penting, orang ingat lakonan saya menerusi drama berkenaan. Saya percaya, sebuah drama yang baik, pelakonnya juga boleh menumpang tuah. Orang ingat Susuk, mereka ingat sekali nama pelakonnya. Ia langkah kanan buat pelakon baru seperti saya.

“Pun begitu, jangan terpengaruh dengan Susuk. Ia hanyalah sebuah lakonan dan cerita. Ia cuba mendidik kita supaya tidak mempercayai kuasa sihir dan membelakangkan agama semata-mata mengejar kecantikan yang nyata bersifat sementara. Setiap kita dilahirkan dengan kesempurnaan dan bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan. Kecantikan sejati terletak dalam hati dan fikiran manusia yang positif,” kata Dynas.



Selain Susuk, dua lagi drama terbitan Skop Productions, Janji Diana dan Gerak Khas memudahkan lagi langkah Dynas dalam dunia lakonan. Sebagai Anita dalam Janji Diana dan Inspektor Julia (Gerak Khas), ke mana saja Dynas pergi ketika ini nama Anita dan Inspektor Julia semakin dekat di hati peminat.

“Mungkin sudah rezeki. Dalam banyak drama lakonan saya, Janji Diana, Gerak Khas dan Susuk benar-benar membuatkan saya dekat di hati peminat. Tawaran berlakon sentiasa ada, syukur alhamdulillah.

Saya terhutang budi kepada produser dan pengarah yang banyak berjasa membina kerjaya saya,” katanya sambil memberikan pose menarik untuk Bintang Popular.

Dalam kegemilangan Dynas membina empayar lakonannya, sedar atau tidak, hidupnya pernah terpalit titik hitam apabila dikaitkan dengan peristiwa yang mengheret namanya ke alam kegelapan. Pun begitu, badai sudah berlalu apabila dia berada di pihak yang benar dan bebas daripada sebarang gejala negatif.

“Saya tak setuju kalau ada pihak anggap saya menempa nama gara-gara peristiwa hitam dulu.



Kononnya saya popular selepas kejadian itu.

Sebenarnya selepas peristiwa itu, beberapa bulan saya tak ada kerja dan itulah kesannya.

“Tapi selepas setahun lima bulan peristiwa itu berlalu, barulah saya berpeluang merasai keseronokan semula menjadi orang seni. Bagi saya, titik hitam itu ada hikmahnya kerana ia memberi saya pengajaran. Saya lebih matang dalam kerjaya dan kehidupan, lebih berhati-hati dalam pergaulan dan melihat siapa kawan, siapa lawan,” katanya yang dalam perancangan mengusahakan perniagaan keluarga sebagai persediaan masa depan.

Bercakap soal teman hidup, Dynas tidak berselindung dan mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang ahli sukan pemotoran.

Mereka sudah pun menjalinkan hubungan serius sejak dua tahun lalu.



“Dalam apa jua hubungan atau ikatan, tidak kiralah antara kekasih, atau sesama kawan karib, perkara paling penting adalah kepercayaan.

Kalau tak ada kepercayaan, segala-galanya akan jadi sia-sia.

Cemburu adalah musuh utama cinta. Walaupun diri menjadi perhatian, cinta saya pada si dia yang satu. Jadi saya sedaya upaya cuba hindari virus cemburu,” kata Dynas yang sangat menitikberatkan soal disiplin dan komitmen dalam kehidupannya.





Info Dynas


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mok htar, 24, dilahirkan pada 8 M ac 1983 di Petaling Jaya, Selangor. Memiliki Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Drama bersiri yang berjaya melonjakkan nama Dynas ialah Janji Diana, Gerak Khas, Gerimis Salju, Kaizar, Siti Aishah dan terbaru, Susuk. Susuk terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) masih disiarkan di TV3 menerusi slot Seram, setiap Khamis, jam 9.30 malam sebanyak 13 episod.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Dynas turut melebarkan sayapnya ke layar perak. Filem yang pernah dijayakannya termasuklah Cinta Kolesterol, Cinta Fotokopi, I Know What You Did Last Raya dan Main-Main Cinta. Manakala Haru Biru akan menemui penonton 26 Julai ini, diikuti Kayangan dan Impak Maksima. Dia kini dalam penggambaran filem terbaru, Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB).









No comments: