Fara Fauzana Duta FMI' 07

FIESTA Media Idola 2007 (FMI'07) kini sudah memasuki tahun ketiganya apabila ia bakal menghimpunkan ratusan bintang popular dan ribuan peminat di Kuantan, Pahang mulai 13 hingga 16 April depan. FMI'07 adalah anjuran Kelab Sukan Shahzan Muda di bawah naungan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Misi penganjuran FMI'07 adalah menganjurkan satu temasya sukan yang membabitkan seluruh warga di dalam industri media, penyiaran dan hiburan negara, sekali gus menggabung dan menyatukan mereka yang terbabit di dalam industri media serta hiburan atas semangat kesukanan yang menjadi objektif penganjurannya.



Organisasi media elektronik dan cetak yang mengesahkan penyertaan mereka dalam penganjuran FMI'07 kali ini adalah Astro, Kumpulan Utusan, My Team, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Kelab Media Pahang, Kelab Sukan Shahzan Muda, Radio Televisyen Malaysia (RTM), ntv7, Kumpulan Karangkraf dan TV3, sekali gus bertindak sebagai media TV rasmi FMI'07.

TV3 turut bertindak selaku tuan rumah dan bakal mengendalikan majlis pelancaran gilang gemilang FMI'07 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini, mulai jam 7.30 malam di perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Pada hari yang sama juga, di sebelah siangnya, Larian Obor FMI'07 kendalian KRU Bhd dijadualkan berlangsung membabitkan wakil 10 kontinjen yang mengambil bahagian. Larian Obor akan bermula di Astro melewati semua pejabat urusan organisasi media yang terbabit dan dijadualkan berakhir di TV3.

Jika tahun lalu, FMI'06 melantik pelakon jelita, Fasha Sandha sebagai duta, kali ini pihak penganjur memberi peluang kepada penyampai radio popular Hot FM yang juga Pengacara TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH'06), Fara Fauzana, sebagai duta mereka yang baru.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Fara Fauzana duta FMI bagi tahun 2007



Acara sukan yang terbabit kali ini ialah futsal lelaki dan wanita, bowling lelaki dan wanita, bola jaring dan olahraga iaitu 100 meter lelaki dan wanita, 200 meter lelaki dan wanita, 4 X 100 meter lelaki dan 5 X 80 meter wanita. Manakala sukaneka hanya membabitkan penyertaan pegawai dan selebriti saja.

Sementara itu, menerusi FMI'07, kontinjen BHSB buat pertama kalinya berjaya menghimpunkan jumlah artis dan selebriti paling ramai iaitu 35 orang. Mereka terdiri dari pelbagai cabang seni seperti pelakon, pengacara, penyanyi dan model terkenal.

Antaranya, Pelakon Filem & TV Wanita Popular ABPBH'06, Fasha Sandha; Rita Rudaini; Siti Shahrizah (Eja); Arash Mohamad; Zarina Akademi Fantasia 2 (AF2); Nieyl Mentor 2; Azza Elite; Hana Elite; Farid Kamil; Pierre Andre; Fahrin Ahmad; Fazdlun Abas; Leez AF4; Irma Hasmie; Farawahida; Raja Farah dan Sheila Rusly.


No comments: