Lawak 'mangkuk ayun' Helmi Tidak Menjadi

Penghibur yang bercita-cita ingin menjadi Raja Lawak Astro, Helmi Gimmick akhirnya tersingkir jua di minggu lepas. Setelah berjuang dengan caranya tersendiri, Helmi yang seringkali dilihat kehilangan punca dan bagaikan tiada fokus jenakanya menerima hakikat yang komedi bukanlah 'makanannya.'

Helmi juga akur yang dia tidak dapat menyaingi peserta lain yang lebih handal darinya dan terpaksa menerima kekalahan menerusi SMS itu. Namun katanya "saya akan tetap meneruskan perjuangan saya dan kembali kepada profesional lama saya sebagai penghibur. Betul kata Otai Lawak, bukan senang jadi pelawak sebenarnya."

Kalau kesedaran ini datang lebih awal, tentu sahaja Helmi tidak payah bersusah-payah meneruskan perjuangannya di medan lawak yang bagaikan tiada kesudahan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Setelah berjuang dengan caranya tersendiri, Helmi yang seringkali dilihat kehilangan punca dan bagaikan tiada fokus jenakanya menerima hakikat yang komedi bukanlah 'makanannya.'



Pada minggu lepas, tema yang telah ditetapkan ialah 'Cerita atau jenaka ala bangsawan' dan Helmi sebagai peserta pertama pada pusingan kali ini telah cuba sedaya upaya menghidupkan watak 'Ahli Nujum' dengan bersungguh dengan membawa props seperti dulang dan periuk kecil.

Namun kesungguhan Helmi bercerita secara bangsawan dengan membawa elemen lawak marhen seperti 'mangkuk tingkat, mangkuk ayun' tidak dapat membawa kelakar yang diharapkan dan ramai hanya tersenyum setelah tamat giliran Helmi.

Komen dari pelawak jemputan, Yahya Sulong juga tidak begitu memberangsangkan. Kata-kata Yahya 'boleh tahanlah' hanya sekadar penyedap rasa dan ramai bagaikan dapat membuat kesimpulan bahawa Helmi mungkin akan tersingkir pada kali ini. Dan ramalan itu tepat apabila Otai Lawak A.R Badul mengumumkan bahawa Helmi terkeluar.



Cuma yang tidak sedapnya apabila kata-kata amanat yang sepatutnya diucapkan oleh Otai Lawak berbaur peribadi sikit terutama dari Datuk Jamali Shadat yang seakan gembira dengan keputusan SMS.

Dengan riang dan sinis sekali, Jamali mengucapkan "Goodbye." Memang kehadiran Helmi dari mula lagi, mengundang reaksi yang berbeza dari peserta dan Otai Lawak. Namun sikap profesionalisma yang ditunjukkan oleh Helmi dapat menutup situasi yang tidak begitu menyenangkan itu.

Kini perjuangan Helmi di gelanggang Raja Lawak Astro sudahpun berakhir. Bak kata Sabri Yunus, jangan sampai kita menyesali peserta yang masih tertinggal dalam Raja Lawak atau menyesal mereka yang terkeluar kerana tidak menggunakan kuasa SMS.

Jujurnya, Helmi selayaknya terkeluar sejak dari awal lagi kerana lawak bukanlah bidang Helmi. Selama berpuluh tahun, Helmi telah mencipta nama sebagai penghibur dan imej itu begitu kuat sehingga sukar dikikis. Amat malang sekali, Helmi melibatkan diri dalam Raja Lawak kerana imejnya sedikit sebanyak sudah tercalar. Kelemahan yang selama ini dibendung kini dapat dilihat oleh semua.

Dengan kekalahan Helmi juga bermakna lima peserta lain seperti Tauke, Zizan, Angah, Johan dan Yus layak ke pusingan akhir yang akan diadakan pada minggu depan.

Untuk pusingan minggu lepas, hanya Yus sahaja yang menampakkan bakat semulajadi sebagai pelawak, bak kata Sabri Yunus, [lagi]






Sumber : mSTAR Online


No comments: